|
Gunung
Ledang, Tangkak, Johor (4187')
Gunung ini merupakan sebuah gunung lagenda.
Kisah lagenda Puteri Gunung Ledang menjadi
sebutan masyarakat hingga kini. Gunung ini
dikawal selia oleh Taman Negara Johor Gunung
Ledang/Taman Hutan Lagenda. Penjajah British
pula mengelar gunung ini Mt. Ophir kerana
keindahannya yang tersendiri.
Trail
Trail ke puncak gunung ini ada dari Melaka
dan ada dari Johor. Pendaki mempunyai beberapa
pilihan trail:-
Ayer Panas Trail
Lagenda Trail
Asahan Trail
Ulu Jementah Trail
Telekom Tower Road
Ayer Panas Trail
Nama trail ini agak baru bagi pendaki tetapi
trail ini yang telah lama dikenali dengan
panggilan trail sagil/resort. Trail ini
bermula dari kawasan G. Ledang Resort terletak
di Sagil. Trail ini boleh dikatakan bersebelahan
Sg. Ayer Panas yang menjadi antara daya
tarikan pengunjung untuk bermandi-manda.
Trail ini sebenarnya begitu banyak laluan
yang akan bertemu kembali dibeberapa checkpoint.
Pos Pendaftaran Taman Negara ada dipintu
masuk ke kawasan rekreasi untuk pendaki
melaporkan pendakian.2
Kolam Puteri
Kolam ini sebahagian dari Sg. Ayer Panas
yang berjeram. Keadaannya seperti kolam
dan mempunyai lagenda tempat mandi si Puteri
Gunung Ledang.
Sungai Akhir
1-2 jam trekking pendaki akan tiba disebatang
sungai yang tenang dan berjeram sedikit.
Pendaki boleh mengambil air disini sebagai
bekalan untuk pendakian seterusnya yang
lebih mencanak.
Kolam Anak Gajah
Seperti Kolam Puteri, kolam ini juga berada
di sungai yang sama. Terdapat satu air terjun
berdekatan kolam ini. Disini ada 2 trek
ke Kolam Gajah. Pendaki boleh memilih samaada
hendak merentas sungai dan trekking tepi
air terjun atau terus tanpa lalu tepi sungai.
Trek tepi air terjun ini antara laluan menarik
G. Ledang.
Kolam Gajah
Satu lagi checkpoint pendaki. Kawasan ini
mempunyai kolam besar dan dalam sesuai dengan
namanya. Kawasan perkhemahan disini cukup
besar hingga ada zon yang dinamakan Pasir
Panjang dan Pulau. Lebih 300 pendaki boleh
berkhemah disini.
Batu Sampan & Kem Batu Kapal
Checkpoint ini hanya akan dilalui pendaki
sekiranya memilih alternatif trail ke Sg.
Segitiga dari Kolam Gajah. Melalui Pasir
Panjang pendaki akan jumpa seketul batu
besar umpama sampan yang dikenali 'Batu
Sampan'. Seterusnya pendaki akan melintas
Kem Lembah Panglima kemudian akan lalu di
Kem Batu Kapal. Kalau tadi batu sampan kali
ini batu kapal lebih besar umpama kapal
dipandang dari bahagian depan.
 |
|
Gua
Kambing
|
Sg. Segitiga
Kem Sg. Segitiga ini merupakan pertemuan
3 batang anak sungai. Kawasan ini dikatakan
agak 'keras' tetapi tidaklah ditutup kem
ini untuk pendaki bermalam.
Gua Kambing
1 Jam trekking dari Sg. Segitiga. Trek agak
mencanak tapi agak menarik kerana pendaki
melalui akar-akar kayu yang merentangi bongkah
batu. Menurut lagenda, ada kambing tersesat
dan masuk ke gua ini tetapi kambing tersebut
tidak dijumpai didalam gua ini kerana gua
ini ada satu lagi pintu keluar dihujungnya.
Batu Hampar
Kawasan dinding batu granit yang besar setinggi
kira-kira 40meter ini perlu didaki menggunakan
tali. Tali telah siap sedia ada disini.
Dari atas Batu Hampar pendaki boleh melihat
sebahagian daerah Tangkak.
Taman Bonsai
Pada ketinggian lebih 3000' dpl pendaki
akan melintasi zon pokok-pokok bonsai seperti
disebuah taman bonsai.
 |
|
Batu
Hampar
|
Bukit Botak
Bukit ini agak gondol dan lapang sesuai
dengan jolokan yang diberi. Pemandangan
dari sini dapat dilihat puncak G. Ledang.
Ada sumber air berdekatan dari alur sungai.
Pokok-pokok resam juga penuh disekitarnya.
Lembah Majapahit
Lembah ini ada sumber air dari anak sungai.
Pendaki boleh dapat bekalan air terakhir
disini. Ada laluan alternatif ke puncak
gunung tanpa melalui lembah ini.
Puncak G. Ledang
Puncak ini ditandakan dengan tugu batu.
Puncak ini terdedah dengan mentari dan tiupan
angin. Panorama dari puncak ini memaparkan
Selat Melaka, daerah Tangkak, Puncak Telekom
dan Puncak G. Rundok.
 |
|
Batu
Tanda Puncak G. Ledang
|
Lagenda Trail
Trail ini bermula dari Taman Hutan Lagenda,
Sagil. Pejabat Utama Taman Hutan Lagenda
didirikan disini bagi mengelola serta mengawal
jumlah pendaki. Trail dari sini ke Sg. segitiga
dinamakan lagenda trail. Perjalanan dari
Taman Hutan ke Kolam Gajah kira-kira 3-4
jam terkking. Bermula dengan laluan bertangga
batu dinamakan Tangga Mahligai.
Bukit Semput
Pendaki akan mendaki Bkt Semput, walaupun
tidak berapa mencanak, tetapi tetap memberi
cabaran pada pendaki lebih-lebih lagi pendaki
baru.
Batu Orkid
Checkpoint ini dinamakan sempena sebongkah
batu umpama bunga orkid. Inilah checkpoint
terakhir sebelum trail ini bertembung dengan
Trail Ayer Panas. Pendaki boleh juga memilih
alternatif melalui Laluan Kijang ke Kolam
Gajah.
 |
|
Batu
Bersurat
|
Asahan Trail
Ini satu-satunya trail dari Melaka bermula
dari Lubuk Kedondong, Asahan. Pos Taman
Hutan Lagenda ada didirikan disini bagi
pendaki ke G. Ledang melaporkan pendakian.
Trek Asahan Trail tidak mencanak tetapi
agak panjang berbanding trek dari Sagil.
Batu Bersurat
Kesan sejarah gunung ini masih utuh disini.
Terdapat satu batu bersurat dalam tulisan
jawi tidak berapa jauh dari puncak G. Ledang
di Asahan Trail. Disini juga menjadi tempat
berteduh dan berlindung dari mentari bagi
pendaki sekiranya cuaca begitu panas di
puncak.
G. Rundok
Gunung ini terletak dinegeri Melaka dan
satu checkpoint di Asahan Trail. Ketinggian
gunung ini sekitar 3000' jauh untuk menandingi
puncak G. Ledang membuatkan nama gunung
ini tidak sepopular G. Ledang.
 |
|
G.
Rundok dari Puncak G. Ledang
|
Padang Batu
Sebuah padang diatas bongkah batu besar
ini kini mempunyai sebuah pondok. Sepanjang
Asahan Trail inilah tempat untuk pendaki
berkhemah. AWAS berkhemah dipadang ini kerana
tiupan angin boleh menerbangkan khemah.
Pendaki boleh memperoleh bekalan air dan
berendam di sungai berdekatan.
Hentian Hanuman
Checkpoint ini tidak ditanda dengan sebarang
papan tanda. Menurut Lagenda, sang Hanuman
ada berhenti disini setelah berjalan di
G. Ledang. Pendaki mungkin dapat bertemu
dengan monyet yang masih banyak disini.
Ada beberapa checkpoint yang juga tidak
mempunyai tanda yang jelas buat pendaki
dari Padang Batu ke sini ialah, Batu Berlumut,
Lembah Beruang dan Hentian Unggas.
Lubuk Kedondong
Kawasan rekreasi dan tempat masyarakat tempatan
berkelah dihari cuti. Air sungai di jeram
ini agak kering kerana diempang untuk disalurkan
ke palong air. Pendaki boleh juga mandi
di pintu air malah didalam palong air.
Ulu Jementah Trail
Trail ini jarang sekali dilalui. Trail ini
bermula dari Kg. Ulu Jemantah dan dikatakan
mengambil masa 2 hari penuh perjalanan melalui
sepanjang permatang ke Puncak G. Ledang.
Trail ini melalui beberapa checkpoint seperti
Jeram Tinggi(CP1) dan tempat berkhemah,
Air Sedap(CP2), sumber air terakhir pendaki.
Airnya dari mata air dan dikatakan mempunyai
rasa yang sedap. Checkpoint seterusnya ialah
Puncak Jementah,CP3 (2447'), Anjung Mahligai,CP4
yang mempunyai tapak khemah dan G. Mahligai
hingga ke puncak G. Ledang. G.Mahligai berdekatan
puncak G. Ledang dan hanya berbongkah batu.
Telekom Tower Road
Berdekatan puncak g.Ledang ada didirikan
Menara Pemancar Telekom. Jalan tar dari
Empangan Tangkak ke sini dibina bagi kemudahan
penyelengaraan. Pendaki boleh mengambil
peluang menggunakan jalan ini. Jarak puncak
G. Ledang ke menara Telekom hanya 10 minit
trekking. Mudah bukan. Kebiasaannya warga
tua terutama datang dengan agensi akan melalui
jalan ini.
Hasil:
Apip Embi
Sumber:
Taman Negara Johor
Photo:
Apip Embi
|