|
GUNUNG MAOKIL
Ketinggian : 1986
kaki

Gunung
Maokil dilihat dari bawah lebuhraya
|
Gunung ini boleh dilihat
dengan jelas dari Lebuhraya Utara-Selatan.
Jika dari arah Utara selepas R&R Pagoh dan
jika dari Selatan selepas Susur keluar ke
Yong Peng arah ke Pagoh. Gunung setinggi
1896 kaki ini tidak berapa popular kepada
pendaki kerana untuk masuk ke kaki gunung
adalah jauh. Pendaki perlu masuk ke Pekan
Seri Medan, Batu Pahat kemudian melalui
jalan kampung yang kecil terus ke Kampung
Parit Jayous 4, dari situ masuk lagi melalui
jalan kebun kelapa sawit terus sampai ke
Lebuhraya.
Bawah Lebuhraya terdapat
laluan untuk ke seberang jalan. Masuk semula
ke ladang kelapa sawit dan terus menuju
ke pinggir hutan. Bagaimanapun anda boleh
sesat untuk ke situ kerana jalan kampung
yang anda lalui agak jauh dan terdapat banyak
kampung di situ. Jadi anda terpaksa bertanya
penduduk kampung untuk mencari jalan arah
ke gunung, Jalan yang paling senang untuk
ke Gunung Maokil yang pernah saya cuba pada
tahun 2004 ialah saya sewa sebuah teksi
dari Johor Bahru, dan terus membawa saya
terus menuju ke arah Pagoh. Kami kemudian
turun betul-betul di tepi Lebuhraya, di
bawahnya terdapat laluan seperti yang saya
beritahu diatas tadi.
Saya turun ke bawah dan
masuk ke ladang kelapa sawit. Dari situ
terdapat jalan tanah merah terus menuju
ke kaki gunung. Di penghujung jalan terdapat
denai yang terang terus ke dalam hutan.
Pendaki akan sampai di sebuah air terjun
kecil yang bertingkat-tingkat. Di sebelah
air terjun terdapat sebatang paip air yang
turun dari atas bukit. Ikut saja paip itu
hingga sampai di sebuah empangan. Pendaki
boleh berkhemah di empangan tersebut tapi
jangan mandi di dalamnya kerana empangan
tersebut membekalkan air untuk kampung di
kaki gunung sperti Kampung Parit Jayous.
Untuk mendaki gunung, dari
tapak khemah ikut terus ke hulu sungai hingga
jumpa 1 cabang sungai kecil, ikut sebelah
kiri anak sungai. Setengah jam mendaki,
pendaki akan jumpa jalan balak lama yang
penuh dengan resam. Tak ada jalan lain pendaki
kena redah resam tersebut dan masuk semula
ke dalam hutan. Tak sampai 10 minit pendaki
akan jumpa lagi semak resam yang lagi tebal,
dan kena redah lagi resam tersebut. Setengah
jam kemudian anda akan sampai ke kawasan
permatang bukit. Dari situ puncak gunung
sudah tidak begitu jauh. Pendaki perlu mendaki
sebuah bukit yang tidak terlalu tinggi dan
itulah puncak Gunung Ma'okil. Terdapat sebuah
beirut yang telah dipenuhi pokok pepanjat
dan semak. Pokok-pokok di puncak agak tinggi
dan tiada pemandangan boleh dilihat, hanya
bunyi kenderaan di lebuhraya dapat didengar
dengan jelas di puncak.
Disediakan / Photo:
Noh B Hj Ismail
Pembantu Hidupan Liar
Taman Negara Johor Pulau Kukup
Kukup, Pontian, Johor
2008
|