|
Gunung
Mat Chinchang, Pulau Langkawi, Kedah.
G. Mat Chinchang (713m) terletak di
sebelah Barat Laut Pulau Langkawi. Gunung
ini dinama sempena nama Mat Chinchang kerana
ada mitosnya tersendiri. Gunung ini terdiri
dari jajaran batu kapur dan mempunyai
beberapa puncak. Puncak yang paling ke arah
barat di komersilkan dengan medirikan
pelantar kerta kabel. Puncak tertinggi
gunung ini boleh didaki melalui trail hutan.
 |
|
Kem Mat Pauh
|
Trail G. Mat Chinchang
Trail ini bermula dari Air Terjun Telaga
Tujuh, salah satu tempat pelancongan di P.
Langkawi.
Telaga Tujuh
Pendaki perlu mendaki anak-anak tangga
kira-kira 1KM jauh untuk sampai ke Telaga
Tujuh dari Air Terjun Telaga Tujuh. Terdapat
kawasan perkhemahan berdekatan Telaga Tujuh.
Papan tanda peta ke G. Mat Chinchang pun ada
didirikan untuk rujukan pendaki.
Telaga Biru
Salah satu telaga yang berada di trail ke G.
Mat Chinchang dari Telaga Tujuh. Air telaga
yang agak kebiruan dan dipenuhi ikan-ikan
serta bunga-bunga hutan yang bergugugran
mengamit mata.
Kem
Melalui trail ini, pendaki akan
menjumpai kem site yang ditandakan Kem
Saintis dan seterusnya Kem Mat Pauh,
kedua-dua kem ini terletak bersebelahan
sungai. Trail hingga ke Kem Mat Pauh masih
lagi landai cuma sesekali perlu mendaki
sedikit.
 |
|
Puncak G. Mat Chinchang dari Puncak
Kereta Kabel
|
Puncak
Puncak gunung ini jelas kelihatan dari
puncak Kereta Kabel. 3 bukit putus
memisahkan puncak kereta kabel dan puncak
tertinggi G. Mat Chinchang.
Hasil & Sumber:
Apip Embi
Photo:
Apip Embi
|