Gunung Perdah - Gunung Jasar
 


Gunung Perdah - Gunung Jasar, Cameron Highland, Pahang

G. Perdah dan G. Jasar adalah dua gunung yang sering dikaitkan bersama kerana kedua-dua puncak gunung ini dihubungkan dengan satu permatang. Puncak dan permatang diantara kedua-dua gunung ini menjadi sempadan negeri Perak dan Pahang di Cameron Highland. Pendaki boleh mendaki samaada G. Jasar ke G. Perdah atau sebaliknya

Gunung Perdah
Gunung ini terletak berdekatan Kg. Sg. Ruil, Cameron Highland. Pendakian dari sini hanya mengambil masa 15 minit ke puncak gunung. Puncak gunung ini pernah ditandakan dengan beirut. Kini hanya terdapat 4 batu tapak tiang beirut. Puncak gunung yang terdedah ini membolehkan pendaki melihat panorama Cameron Highland.

G. Jasar dan pencawang letrik

Gunung Jasar
Gunung ini cukup dekat dengan Pekan Berinchang. Perjalanan kira-kira 20minit ke 1jam dari Pekan Berinchang ke puncak. Pendaki akan melalui kawasan hutan, kebun sayur dan pencawang letrik voltan tinggi. Puncak gunung ini ditanda dengan batu aras. Dikatakan kawasan puncak ini dahulunya merupakan kawasan perkuburan Orang Asli.

Tulisan:
Apip Embi

Photo:
Mohamad Faisal Zainuddin

     © Hakcipta Terpelihara OGKL : Ver 3.0
eRyn Design