|
Pine
Tree Hill - Twin Peak, Fraser Hill.
Puncak yang dikenali sebagai bukit (hill)
ini antara puncak yang selalu didaki bagi
pendaki-pendaki gunung. Pine Tree Hill terletak
di Fraser Hill. Begitu juga dengan Twin
Peak iaitu puncak kembar bagi Pine Tree
Hill.
Laluan Pendakian
Pendakian ke Pine Tree Hill bermula dari
Rest House TNB. Permulaan Pine Tree Trail
ditandakan dengan satu papan tanda. Turut
dicatat sejarah ringkas trail ini. Trail/denai
sejauh 5KM ini agak lebar dan telah didirikan
beberapa pondok rehat disisi trail.
Satu Jam pertama treking pendaki akan menjumpai
satu batu sempadan Pahang - Selangor. Trail
adakala mendaki, adakala mendatar. Sumber
air terakhir boleh ada di satu kawasan lembah
berdekatan denai. Alur air yang mengalir
boleh ditemui beberapa langkah sebelah kiri
dari Pine Tree trail.
4 jam treking pendaki boleh tiba di Puncak
Pine Tree Hill. Tapi sebelum tu pendaki
perlu mendaki cerun tegak setinggi kira-kira
6 meter. Tali ada dipasang bagi memudahkan
pendakian selain akar-akar kayu sebagai
tempat memijak atau berpaut.
Puncak Pine Tree Hill ditanda dengan batu
tanda empat segi. Puncak dikelilingi pokok-pokok
tinggi terutama pokok pine.
Twin Peak pula lebih kurang 1KM dari
puncak Pine Tree. Ketinggian yang agak
setara kedua-dua puncak ini hingga puncak
ini dimanakan puncak kembar (twin). 1 jam
r\trekking dari Puncak Pine Tree pendaki
boleh pula tiba di Puncak Twin Peak. Laluan
agak mudah dan denai menyusuri sempadan yang
ditanda dengan batu tanda selang 20 meter.
Hasil:
Apip Embi
|