Gunung Rabong
 


Gunung Rabong, Gua Musang, Kelantan.

Gunung ini dinamakan G. Rabong kerana kelihatan umpama rabong (tudung saji) bila dilihat dari Gua Musang, Kelantan. Gunung setinggi 1538m d.p.l. ini ditandakan dengan sebatang tiang besi dipuncaknya. Satu-satunya gunung di daerah Gua Musang ini diletak dibawah pengawasan KESEDAR. Gunung ini mempunyai dua trail, satu dari Felda Perasu dan satu lagi dari Kg. Air Manis. Trail Kg. Air Manis melalui air terjun dan pendaki perlu abseiling.

Laluan Pendakian

Panorama m atahari terbit dari puncak G. Rabong

Pendaki boleh pergi ke Felda Perasu dengan menyewa van/pacuan 4 roda dari Bandar Gua Musang. Laporan pendakian boleh dibuat di Balai Polis Gua Musang. 30minit berkenderaan pendaki boleh tiba di Felda Perasu.

Dari Felda Perasu, laluan seterusnya mengikut jalan balak. Titik permulaan pendakian pendaki bergantung kepada kenderaan pacuan 4 roda yang digunakan. Semakin berkuasa 4WD yang dinaiki, semakin pendeklah trail yang perlu didaki. Bagi 4WD standard pendaki boleh mula mendaki selepas jambatan kedua. Terdapat jeram yang jernih sesuai untuk pendaki mandi selepas tamat ekspedisi.

Dari jambatan kedua ke trek hutan mengabil masa kira-kira 1/2jam ke 1 jam. Seterusnya pendaki akan mendaki melalui trek resam/ trek bekas jalan balak tinggal hingga ke Kem pertama. Kem pertama 30minit perjalanan dari mula trek hutan tadi, Kem ini yang juga terletak bersebelahan penghujung trek balak lebih mudah jika dapat menaiki 4WD.

Taman Bunga berlatar puncak G. Rabung

Helipad / Taman Bunga
Helipad / Taman Bunga adalah checkpoint seterusnya, boleh sampai kesini dalam masa 2-4 jam dari Kem pertama. Kisah mistik tempat ini, dikatakan ada satu lembaga tua yang menjaga dan menghuni disini. Kawasan ini juga dijadikan helipad semasa Rabong Challange. Pendaki tidak digalakkan berehat dan bermalam disini kerana dikatakan 'kawasan keras'.

Last Waterpoint
Last Waterpoint, cuma 10 minit pendakian dari helipad/taman. Terdapat anak sungai berdekatan Kem Site Last Waterpoint. Kem boleh memuatkan 20-30 orang ini berada ditengah permatang dan dilindungi pokok-pokok tinggi.

Tiang besi sebagai tanda puncak

Puncak G.Rabong
30minit - 2jam pendakian. Trek agak mencanak dan laluan menyusuri permatang. Puncak gunung ini kecil dan sempit untuk 20 orang berkhemah. Terdapat satu view point dipuncak gunung ini. Pendaki boleh lihat Banjaran G. Tahan dari Merapoh mahupun dari Kuala Koh.













Hasil:
Apip Embi


      © Hak Cipta Terpelihara OGKL 2005 : Versi 3.0