|
Gunung
Rajah, Bentong, Pahang
Gunung Rajah ini, satu-satunya gunung
di Bentung. Negara pernah gempar dengan
berita pendaki-pendaki dipanah petir di
puncak gunung ini suatu masa lalu.
Air Terjun Camang
Kawasan rekreasi
air terjun ini sering dikunjungi orang ramai.
Walaupun jalan berturap ke air terjun ini
agak sempit namun kemudahan tempat letak
kereta yang disediakan cukup besar. Gerai-gerai
dan kemudahan awam lain turut disediakan
disini terutama pada hari minggu dan cuti
umum. Pendaki boleh bermandi-manda di jeram
deras tetapi awas air pusar dibawah air
terjun ini.
Trek ke gunung
ini mula dari jalan balak tinggal 1KM sebelum
tiba ke Air Terjun Camang. Namun bagi pendaki
yang ingin memulakan pendakian dari Air
Terjun Camang, boleh memintas trek balak
tersebut dengan mendaki bukit di belakang
Pejabat Ranjer hingga ke trek balak. Walaupun
trek untuk mendaki bukit ini agak mencanak
tetapi rata-rata sepanjang trek balak adalah
landai sahaja.
 |
|
Formasi
gunung dilihat dari permatang
|
Setengah jam berjalan
pendaki akan melintas satu penempatan baru
orang asli, trek balak agak mendaki sedikit,
awas anjing yang datang ke arah anda. Seterusnya
pendaki akan melalui zon pokok orkid ungu
yang tumbuh sepanjang tepi trek hingga satu
kawasan lapang (bekas kongsi tinggal). Kenalpasti
trek ke gunung memandangkan ada beberapa
simpang disini.
Trek kemudian agak
redup tapi masih di bekas trek balak, checkpoint
seterusnya cuma bekas tapak khemah kecil
(kem site pertama), dari sini pendaki boleh
melihat puncak G. Rajah, beberapa langkah
kedepan ada anak sungai merentangi trek.
Beberapa minit perjalanan seterusnya ada
satu simpang denai tidak jauh disebelah
kiri.
 |
|
Sebelum & selepas air bah di atas
air terjun Naning
|
Setengah jam kemudian pendaki akan bertemu
sungai berjeram. Pendaki perlu meneruskan
pendakian dengan melintas sungai ini. Awas
juga, air sungai ini akan menjadi deras
apabila hujan dihulu. Walaupun sungai ini
bukan sungai Y tapi pertemuan sebatang sungai
lagi disini seperti huruf Y.
 |
|
Air terjun mini, sumber air terakhir
|
Air Terjun Naning/Nading
Air terjun ini merupakan checkpoint seterusnya
kira-kira setengah jam dari cross sungai
pertama. Kem site berada seberang sungai
di bahagian atas air terjun Naning berdekatan
dengan sungai. Air sungai dingin dan nyaman
tapi awas air sungai akan menjadi begitu
deras apabila hujan di hulu. Trek dari air
terjun ke agak landai, pendaki tidak perlu
menggunakan tangan mahupun dagu untuk memanjat.
3-5 jam trekking
dari Air Terjun Nading, pendaki akan tiba
puncak satu permatang, jika cuaca baik dan
cerah pendaki akan nampak dinding batu yang
membentuk formasi gunung Rajah serta puncaknya.
Berada diatas puncak bermakna pendaki perlu
turun ke lurah sebelum mendaki kembali.
Cabaran seterusnya adalah mendaki dinding
batu 90 darjah tegak. Tali yang sedia diikat
membantu pendakian.
Sumber air terakhir
(Last Water Point) berada tidak jauh dari
trek, deruan air terjun mini boleh didengari.
Hanya beberapa langkah dari trek pendaki
boleh pergi mengambil air bekalan. Setengah
jam berikutnya pendakian agak mencanak,
pendaki perlu menggunakan tangan untuk memanjat
dan memaut pada akar-akar yang merentangi
trek hingga sampai ke puncak.
 |
|
Batu sfera di puncak
|
Puncak G. Rajah
Kem site puncak berada tidak jauh sebelum
pendaki sampai ke puncak gunung. Panorama
di puncak menarik dengan sudut pandangan
360 darjah serta angin di puncak bertiup
dingin. Puncak ditandakan dengan satu batu
tanda seperti bola / sfera terbenam ditengah
batuan di puncak.
log:
Air Terjun
Chamang - rumah orang asli - 1/2 jam
rumah org asli - kem site pertama - 1 jam
kem site pertama - coss sg pertama 1/2 jam
cross sg pertama - Air Terjun Naning - 1/2
jam
Air Terjun Naning - puncak permatang, 3
jam
puncak permatang - last water point - 1
jam
last water point - puncak Rajah- 1/2 jam.
Hasil & Sumber:
Khairul Annuar
dan Apip Embi
Photo:
Hadzrey (Arey)
& Eryn
|