|
Gunung
Serudum (Serudom), Kuantan, Pahang.
Gunung ini terletak di Hutan Lipur
Berkelah, Kuantan, Pahang. Gunung ini merupakan
puncak tertinggi di Hutan Lipur berkelah.
Puncaknya adalah sempadan antara daerah
Kuantan dan daerah Sg. Lembing. Sebuah gunung
yang masih sepi dari kegiatan pendakian
dan memiliki berbagai jenis spesis periuk
kera.
Pada zaman dahulu, Sultan Pahang bersemayam
di istananya yang terletak di daerah Pekan.
ketika ingin memungut cukai hasil di daerah
Sg. Lembing, baginda akan menghantar wakil
mendaki G. Serudum melalui Sg. Berkelah
dan wakil dari daerah Sg. Lembing pula pergi
ke puncak G. Serudum melalui Sg. Ruil dan
mereka bertemu di puncak G. Serudum.
Cabaran mendaki gunung ini adalah trek
ke Hulu Berkelah yang agak jauh dan banyak
melalui paya dan melintas sungai. Pendaki
boleh mendaki gunung ini dari pintu gerbang
Hutan Lipur Berkelah atau dari Ladang Agrotech,
Gambang.
Hutan Lipur Berkelah
Pendakian boleh dimula di Gerbang Hutan
Lipur Berkelah, kawasan yang popular dengan
air terjun Berkelah. Pendaki boleh terus
ke kolam besar (kolam 7) air terjun ini
dengan masa perjalanan kira-kira 2jam. Pedaki
perlu 'river trekking' ke kolam 7 dan perlu
berhati-hati kerana batu-batu licin serta
akalanya jurang yang dalam disisi trek.
Air Terjun Berkelah
Air terjun paling tinggi di Sg. Berkelah
yang menjadi tarikan utama pengiat outdoor
kesini. Pendaki perlu terus mendaki bukit
yang mencanak hingga ke atas air terjun
ini.
Temu Air
Setelah jauh trekking pendaki akan menemui
punca air yang keluar dari celah batu. Pendaki
perlu meniti permatang Bukit berkelah untuk
tiba disini. Cabaran mendaki pangkal permatang
yang mencanak perlu dilalui pendaki serta
ada bahagian permatang yang lebar cuma satu
kaki dan berjurang dalam dikiri dan kanannya.
Ada beberapa denai orang mencari hasil hutan
disekitar trek ke Temu Air.
Kem Batu
Pendaki perlu mendaki sebuah lagi bukit
untuk tiba di sini. Kem ini yang mungkin
bekas tapak kongsi balak berada di tepi
anak sungai. Laluan seterusnya banyak melalui
kawasan paya kemudian baru mendaki cerun
dan akhirnya turun di cerun curam sebelum
tiba kawasan pokok resam berhampiran Batu
Lebar.
Batu Lebar
1 hari perjalanan dari Air Terjun Berkelah
ke sini yang berada di hulu Sg. Berkelah.
Terdapat satu batu besar yang cukup lebar
ditepi sungai. Lebar batu ini sebesar khemah
dan datar selesa didirikan khemah diatasnya.
Pendaki boleh mendirikan khemah di kawasan
berdekatan yang rata, mungkin perlu menebas
sedikit kerana jarang kumpulan pendaki kesini.
Taik gajah banyak bertaburan berhampiran
kawasan ini.
 |
|
Beirut
G. Serudum diseliputi kabus gunung
|
Puncak G. Serudum
Puncak gunung ini ditandakan dengan beirut.
Pokok-pokok tinggi menutupi puncak gunung
ini ditambah pula dengan kabus gunung yang
sering menyelubungi puncaknya. Kawasan puncak
agak kecil, cuma memuatkan beirut. View
point ada tidak jauh dari puncak dimana
pendaki boleh nampak Lebuhraya Pantai Timur.
Kem Lembah
2 jam perjalanan dari puncak. Pendaki akan
lalu kem ini sekiranya tidak lalu trek Hulu
Berkelah untuk keluar.
Kem Sg. Pinang
Kem ini berdekatan jalan balak dan ditepi
Sg. Pinang. Ada pondok tempat pencari rotan
berteduh. Pendaki ada pilihan samada mendaki
bukit berkelah dan turun ke Kolam 7 atau
keluar ke Ladang Agrotech melalui trek balak
hingga ke Jalan Kuantan-KL berdekatan Pusat
Latihan Ternakan Haiwan Ulu Lepar.
- Apip Embi
|