|
Gunung
Setong (Stong)- Gunung Ayam, Dabong, Kelantan.
Kedua-dua gunung yang berada di Hutan Jelawang
ini kebiasaannya didaki dalam satu ekspedisi.
Dabong adalah pekan kecil yang terdekat,
kemudahan stesen keretapi menjadikan keretapi
sebagai pengankutan pilihan para pendaki
untuk ke Dabong.
Dari Dabong pendaki perl menaiki bot untuk
merentas Sg. Galas kira-kira 5 minit perjalanan.
Perjalanan seterusnya sejauh 5KM jalanraya
berturap dengan van atau kereta sapu untuk
tiba di Kg. Jelawang.
Pendaki boleh memulakan pendakian dari
Kg. Jelawang melalui trek balak atau meneruskan
perjalanan dengan van atau kereta sapu menyusuri
jalan kampung sejauh 2.8KM ke Resort Jelawang.
Resort Jelawang berada di kaki Air Terjun
Jelawang 666' a.p.l. Resort ini menawarkan
kemudahan chalet, bilik meeting, surau serta
tandas. Pendaki boleh melaporkan diri di
sini sebelum memulakan pendakian.
Terdapat 2 lagi trek ke Baha's Camp yang
berada di puncak Air Terjun Jelawang di
ketinggian 1404' a.p.l. Satu trek terus
ke trek balak dan satu lagi menyusuri kaki
air terjun jelawang sebelum masuk ke trek
balak.
Pendaki boleh tiba di Baha's Camp kira-kira
45 minit berjalan. Baha's Camp diselia oleh
sekumpulan anak tempatan memberi perkhidmatan
jurupandu arah selain mengawasi kawasan
Hutan Jelawang. Tapak khemah di sini cukup
luas dan boleh menampung ratusan orang.
Beberapa tempat menarik boleh dilawati
di sekitar Baha's Camp seperti Gua Rantai,
Air Terjun Kolam Puteri, Telaga Tujuh dan
Air Terjun 2 Gunung.
Gua Rantai
Gua ini dinamakan gua rantai kerana dipasang
rantai didalamnya bagi memudahkan pengunjung
melalui gua ini. Walaupun tidaklah begitu
jauh perjalanan dalam gua ini namun tetap
memberi satu keseronokkan apabila memasukinya.
Kolam Puteri / Air Terjun Kolam Puteri
Air terjun ini juga agak tinggi dan mempunyai
kolam yang besar, dalam dan tenang. Seronok
bermain air di sini samaada mengelunsur
di air terjun mahupun berenang.
Telaga Tujuh
Tujuh telaga semulajadi ini berada di tengah-tengah
sungai di atas air terjun Kolam Puteri.
Masuk ke dalam telaga ini menjanjikan satu
pengalaman menarik.
Air Terjun 2 Gunung
Dua air terjun dari dua buah gunung iaitu
G. Stong dan G. Ayam bercantum menjadi satu
sungai.
Trail
Kebiasaannya pendaki memulakan pendakian
dari Baha's Camp seawal pagi setelah bermalam
dan menikmati panorama matahari terbit dari
puncak air Terjun Jelawang.
Trek adalah mengikut jalan balak tinggal
seterusnya melalui denai-denai yang mencanak.
Pada waktu tengahari pendaki boleh tiba
di puncak G. Stong. Setongkol batu besar
dengan pokok bonsai diatasnya menjadikan
puncak ini unik. Dari istilah 'stone' disebut
jadi bunyi 'setong' dalam dialek tempatan.
Dari puncak G. Stong pendaki perlu turun
hingga ke satu persimpangan trek ke G. Ayam
yang dipanggil Beta Balak- di ketinggian
2652 kaki a.p.l. Disini jugalah punca air
terakhir sebelum ke puncak G. Stong.
Trek dari Beta Balak ke Puncak G. Ayam
kurang mencanak berbanding ke G. Stong.
Pendaki akan melalui kawasan pokok-pokok
bonsai sejurus tiba di puncak Baha iaitu
anak G. Ayam. Puncak Baha ke Puncak Ayam
hanya memakan masa kurang sejam perjalanan.
Lewat petang pendaki boleh tiba di puncak
G. Ayam.
Puncak G. Ayam ditanda dengan 'plate' dan
terdapat pokok-pokok bonsai setinggi 10
kaki tinggi. Kira-kira sepelaung dari puncak
ini terdapat kawasan perkhemahan yang boleh
memuatkan sekitar 50 orang. Bukan sahaja
tapak khemah, tapak kaki gajah juga biasanya
ada disini. Pemandangan matahari terbenam
cukup indah dibalik pokok-pokok bonsai di
kawasan khemah.
Sumalian Trail
Satu lagi laluan ke G.Stong dan G.Ayam
adalah dengan mengikut lembah Semeliang
(Dialek tempatan berbunyi Sumelian). Laluan
ini tidak mempunyai trek (off-trek) dan
memeberi cabaran yang lebih hebat pada pendaki.
Selain terpaksa meredah hutan, laluan adakalanya
menyusuri anak-nak sungai atau longkang
laluan air.
Beberapa tempat menarik di Lembah Sumeliang
seperti Taman Orkid, Gua Kelawar dan Gua
Kayu Jadi Batu. Taman Orkid merupakan kawsan
yang ditumbuhi orkid-orkid liar yang jarang
ditemui. Gua Kayu Jadi Batu pula adalah
gua yang mempunyai fosil kayu balak yang
sekeras batu. Selain itu terdapat kalimat
'Allah'(alif-lam-lam-ha) berwarna hijau
florencent secara semulajadi didalam gua
ini.
PERJALANAN
Dabong 05° 22´ 618 N, 102°00´599
E
Resort 05° 20´ 464 N, 101°58´190
E
Baha's Camp 05° 20´ 492 N, 101°58´036
E
Beta Balak 05° 20´ 445 N, 101°57´183
E
Stong Peak 05° 20´ 200 N, 101°56´750
E
Beta Balak 05° 20´ 445 N, 101°57´183
E
Ayam Peak 05° 20´ 737 N, 101°56´171
E
Hasil:
Apip Embi
Sumber:
Apip Embi &
Zuletfi
|