|
Gunung Swettenham, Cameron Highland.
G. Swettenham 1961m (6434 kaki) dpl terletak
di kawasan tanah tinggi Cameron Highland
(CH) menjadi pemisah sempadan Kelantan dan
Pahang. Gunung yang turut mendapat nama
jolokan Set6 ini berdekan Blue Valley dan
pekan Kg. Raja, Cameron Highland. gunung
ini ditanda dengan Beirut dan batu tanda.
Dari puncak boleh kelihatan Banjaran Titiwangsa
serta bertentangan dengan puncak Gunung
Berinchang, G. Irau dan kelihatan Hotel
Equatorial Dapat dilihat juga Lebuhraya
CH - Gua Musang dikaki gunung ini. Tumbuh-tumbuhan
dipuncak agak tinggi melebihi 2 meter. Terdapat
satu kawasan perkhemahan berdekatan puncak
yang agak kecil.
Laluan Pendakian.
Dari Kg. Raja, Cameron Highland menghala
ke Lebuhraya CH-Gua Musang boleh menggunakan
kenderaan sendiri atau menyewa 4WD ke Pos
Peningau setelah melewati Blue Valley. Dari
Pos Peningau laluan pendakian menyusuri
sempadan Pahang - Kelantan. Keadaan laluan
jelas cuma kadangkala semak, namun terdapat
batu tanda sempadan setiap 10 meter. Walaubagaimanapun
terdapat beberapa cabang laluan.
Hanya terdapat satu puncak anak gunung
sebelum sampai puncak G. Swettenham. Kecuraman
laluan ke puncak agak mencanak selepas turun
dari puncak anak gunung hingga ke puncak.
Kawasan perkhemahan di puncak yang terlindung
dengan pohon-pohon besar serba sedikit dapat
menahan angin kencang dan sejuk.
Hasil:
Apip Embi
|