Gunung Tambuyukon
 


Gunung Tambuyukon, Sabah

Gunung Tambuyukon merupakan gunung ketiga tertinggi di Malaysia. Terletak di dalam Taman Negara Kinabalu di bahagian daerah Ranau, gunung ini ditadbir oleh pihak Taman-taman Sabah (Sabah Parks). Gunung yang berada dalam tapak warisan dunia ini terpelihara dan tertakluk dibawah Enakmen Taman-Taman 1984. Hutannya masih belum terusik dan dikawal ketat.

Gunung Tambuyukon mendapat nama sempena kisah seorang berbangsa Dusun yang bernama Tam pada zaman dahulukala. Tam telah mengetuai pendakian ke puncak gunung ini. Tam sering mengatakan pada kumpulannya, mereka sudah hampir sampai ke puncak. Tapi langkah demi langkah mereka masih belum tiba di puncak. Ahli kumpulan dia kemudian menyebut gunung ini Tam Buyon (tipu dalam bahasa dusun) kerana sering tertipu dengan kata-kata Tam. Zaman berlalu dan Gunung Tam Buyon mengalami perubahan prosa kata dan disebut Gunung Tambuyukon. Nama ini kekal hingga ke hari ini.

Substation Kg. Monggis

Substation Kg. Monggis
Substation ini berada tidak jauh dari Poring. 3 KM dari Poring menghala ke Telupid ada simpang disebelah kiri jalan sejauh 32KM jalan batu kerikil ke Substation Kg. Monggis. Jalan ini merentasi beberapa perkampungan dan kampung terakhir sudah tentu Kg. Monggis. Sebelum itu pendaki akan melalui Desa Pinawantai, sebuah desa yang dilengkapkan dengan beberapa kemudahan asas seperti sekolah, klinik kesihatan, pondok telefon dan sebagainya.

Bebrapa batang sungai merentangi jalan batu kerikil ini, beberapa jambatan telah didisikan dan masih ada laluan yang belum berjambatan.Substation Kg. Monggis menyediakan kemudahan seperti padang khemah, tandas dan bilik mandi walaupun jeram berada berdekatan sekali dengan substation ini. Selain itu hostel juga disediakan disini. Pendakian bermula dari Sub Station Kg. Monggis. Pendaki dikehendaki melaporkan diri disini. Malim / jurupandu arah disediakan disini dan juga porter jika diperlukan.


Rentis Taman Kinabalu

KM0 - KM4
Rentis ini sejauh 14 KM dan berada dibawah kelolaan Sabah Park. Setiap KM telah ditanda dengan papan tanda KM. Bermula dari substation pendaki perlu mendaki ke atas rabung berdekatan kira-kira 10-15minit. Diatas rabung ini barulah KM 0 mula ditanda. Rentis menyusuri rabung / permatang sesekali agak mencanak.
4 KM pertama pendaki boleh trekking dengan masa 20 minit setiap KM.

KM4 - KM6
KM 4 ke KM 6 pendaki boleh berjalan 45 minit - 1 jam 30 minit setiap KM. KM 4 ke KM 5 akan merentasi 5 batang sungai kecil. KM5 ke KM6 pula terdapat sebatang sungai yang perlu direntas. Trek semakin sukar, pendaki perlu mendaki melalui lereng-lereng, merentasi beberapa permatang gunung, menuruni lurah yang curam dan paling mengerikan menyusuri tebing batu yang sempit.

Kem 1A
Sebaik saja melepasi KM 6 pendaki akan tiba di Kem 1A juga ditulis sebagai Kem Wuluh sempena nama Sg. Wuluh berhampiran kem ini. Uniknya kem ini berada ditengah-tengah Sg. Wuluh seperti pulau. Air Sg. Wuluh yang jernih dan berjeram perlu dilintas untuk meneruskan pendakian. Kawasan lembab seperti ini merupakan habitat pacat.

Kem 1B
Kem ini pula terletak menghampiri KM 8. Kem dibina bersebelahan Sg. Kapuakan, sebatang sungai berjeram deras dan jernih airnya. Air sungai akan lebih deras dan tinggi apabila hujan menjadi satu cabaran buat pendaki untuk menyeberang. Jika bernasib baik pendaki boleh nampak kelibat Orang Utan dan Burung Enggang di hutan ini.

Selepas menyeberang sungai ini pendaki perlu mendaki cerun yang curam. Pihak Sabah Park telah menarah tanah untuk dijadikan bertangga bagi memudahkan pendakian. Sepanjang rentis pokok-pokok masih tinggi. Trek terus menaik sesekali mendatar juga. Lantai hutan ditutupi dedaun kering menghilangkan kesan rentis dibeberapa tempat.

Trekking ke Kem Rajah

Kem 2 (Kem Musang)
Melapasi KM10 pendaki akan bertemu simpang rentis lama ke Kg. Monggis. Rentis seterusnya menyusuri rabung gunung yang juga sempadan daerah Ranau dan Kota Marudu. Kem 2 berada diatas permatang di antara KM10 - KM11 di ketinggian 5000 kaki. Sumber air ada berdekatan kem ini. Pendaki cuma perlu menuruni rabung kira-kira 10 - 15 minit untuk ke alur air.

Kem Jenderal (General Camp)
Kem ini mendapat nama sempena pangkat ketua ekspedisi yang berpangkat Jenderal telah mengarahkan pasukannya membuka kem disini. Kem ini berada ditengah-tengah hutan berlumut diantara KM12 dan KM 13 di ketinggian 7000 kaki. kawasan yang datar membolehkan beberpa khemah didirikan disini. Tiada sumber air disini untuk pendaki.

Naphentes Rajah

Kem Rajah
Naphentus Rajah sejenis periuk kera, tumbuh di kem sekitar kem ini. Pendaki perlu mendaki batuan-batuan untuk tiba di kem Rajah. Pada ketinggian 7700 kaki kawasan kem ini menerima tiupan angin dingin walaupun pokok-pokok bonsai setinggi 3 - 4 meter memagari kem ini. Perjalanan ke puncak boleh dibuat antara 30 minit - 1 jam pada kebiasaannya.

Puncak Tambuyukon
Papan tanda KM14 menjadi tanda puncak gunung ini. Pokok-pokok bonsai setinggi 3 -4 meter tumbuh di puncak gunung ini. bebrapa meter dari puncak terdapat satu lagi rabung mengunjur ke arah G. Kinabalu. Tapak khemah Bagi pendaki yang ingin bermalam di puncak dibuat diatas rabung ini. Pokok-pokok bonsai setinggi 1 - kaki penuh tumbuh di sini. Tidak jauh dari sini terdapat satu lembah dan satu lagi tapak khemah. Kawasan lembah ini turut menjadi kawasan takungan air hujan.

Panorama Puncak Kinabalu

Panorama puncak-puncak G. Kinabalu jelas berhadapan puncak G. Tambuyukon. Suasana matahari naik man memancarkan warna merah pada batuan puncak Kinabalu amat menarik dilihat di sini. Selain itu pendaki juga boleh melihat puncak G. Nambuyukong di bahagian lain puncak G. Tambuyukon.


Hasil & Sumber:
Apip Embi & Taman-Taman Sabah

Photo:
Apip Embi

     © Hakcipta Terpelihara OGKL : Ver 3.0
eRyn Design