|
Gunung
Tangga, Cameron Highland - Gua Musang
 |
|
Air
Terjun Sg. Wi Kecil
|
G. Tangga berada
di sempadan Cameron Highland - Gua Musang.
Gunung ini agak jarang didaki kerana kurang
diketahui umum memandangkan gunung
ini berada agak jauh dari Kg Rajah, CH dan
sebelum ini tiada jalan untuk kesana. Gunung
ini paling hampir dengan penempatan Orang
Asli Pos Brooke, Kelantan.
Starting Point
Pos Brooke berada
dipertengahan jalan raya CH - Gua Musang.
38 KM dari Blue Valley.
Sekolah Kebangsaan Pos Brooke merupakan
'landmark' Pos Brooke. Pendaki boleh memulakan
pendakian dari penempatan Orang Asli di
atas bukit berdekatan.
Laluan Pakma
15 minit perjalanan di trek balak. Pendaki
akan bertemu sungai. Terdapat beberapa denai
disini. Ada denai menghala ke pokok-pokok
pakma. Pendaki perlu menyusuri denai dengan
sungai disebelah kiri pendaki.
 |
|
Bunga
Pakma belum kembang
|
Air Terjun Sg
Wi Kecil
30 minit dari laluan pakma pendaki akan
bertemu air terjun di panggil Air Terjun
Sg. Wi Kecil. Sumber air disini jernih dan
tidak keroh walaupun semasa hujan. Tidak
jauh dari Air Terjun Sg. Wi Kecil pendaki
perlu melintas jeram dari Sg. Wi. Terdapat
anak sungai bersebelahan sungai ini. Pendaki
boleh mengambil air bersih untuk bekalan
disini. Sepanjang laluan ini pendaki masih
boleh jumpa pokok pakma.
Trek ke puncak agak jauh walaupun tidak
banyak laluan mencanak. Terdapat beberapa
bukit tipu sebelum pendaki boleh tiba ke
puncak gunung ini. Trek masih agak jelas
walaupun tiada tanda sepanjang trek.
 |
|
Batu
tertinggi di puncak
|
Puncak
Puncak gunung ini ditandakan dengan batu
tanda bertiang besi. Keadaan sekitar batu
tanda begitu bersih umpama terjaga. Keluasan
puncak boleh memuatkan 10 - 15 orang untuk
bermalam.
Hasil & Sumber:
Apip Embi
Photo:
Hadzrey (Arey)
& Apip Embi
|