Gunung Tok Nenek
 


Gunung Tok Nenek, Banjaran Titiwangsa

Puncak dari jauh
Gunung ini juga di panggil dengan Mt. Table & Chair oleh penjajah British. Ini kerana bentuk puncak G. Tok Nenek kelihatan seperti kerusi dan meja apabila dilihat dari jauh. Nama 'Tok Nenek' pula dikatakan diberi oleh masyarakat orang asli tempatan yang mencetakan mitos Tok dan Nenek yang lari ke atas gunung membentuk formasi puncak berbatu. Satu puncak batu Tok dan satu lagi puncak batu Nenek.


G. kayong - G. Tok Nenek
Pendaki boleh ke gunung ini dengan melalui trail Transtitiwangsa V.2. Gunung ini berada diantara Gunung Kayong dan Gunung
Junction. Pendakian dari puncak G. Kayong ke G. Tok Nenek mengambil masa kira-kira 1 jam setengah ke 2 jam. 10 minit sebelum tiba di puncak Tok Nenek, ada puncak Kambing. Jelas kelihatan puncak Tok Nenek dari sini.
 

puncak

Puncak
Puncak gunung ini berbatu keras, kecil terdedah pada tiupan angin. Pemandangan 360 darjah sekitar banjaran titiwangsa.

G. Tok Nenek - G. Junction
 Kem Kacang ada mata air berdekatan kem ini. Seterusnya perlu mendaki ke Puncak Belumut kira-kira 1 jam treking. 1 jam 30 minit lagi akan tiba pula di Puncak Bonsai Semak. 30 minit berikutnya  pula checkpoint Kem DGU diikuti trek mendaki ke Puncak View selama 1 jam. Sambung mendaki serta menuruni lagi hingga sampai ke Puncak Bonsai Tengah kira-kira 2 jam treking. Kem Lembah Agas pula 1 jam dari Puncak Bonsai Tengah. Kem Lembah Agas ke Puncak Juntion melalui puncak Anak Junction kira-kira 4 jam 20 minit melalui pohon-pohon buluh. Puncak Anak Junction ke Puncak Junction cuma 20 minit.

Log & Photo Ihsan:
somphob | bargading

     © Hakcipta Terpelihara OGKL : Ver 3.0
eRyn Design