|
G.
Korbu, G.Gayong, G. Yong Belar.
Gunung Korbu (7,162 kaki dpl), Gunung Gayong
(7,129 kaki dpl) dan Gunung Yong Belar (7,156
kaki dpl) merupakan antara gunung utama
yang membentuk banjaran titiwangsa . Gununggunung
ini mempunyai ketinggian melebihi 7000 kaki
merupakan antara gunung yang tertinggi di
Semenanjung Malaysia. Merasai cabarannya
yang di kategorikan oleh kebanyakan trekkers
sebagai kategori Hardcore .
Route
Ulu Kinta - Cameron Highland
Cameron Highland - Ulu Kinta (reverse)
Intake Ulu Kinta
Teletak di daerah Ulu Kinta menjadi tempat
mula pendakian. Pendakian bermula dekat
Pej. Perhutanan Ulu Kinta. Ada sungai dan
warung Orang Asli di sini. Laluan balak yang
mencanak hingga ke kawasan Dam Ulu Kinta.
Trail seterusnya menyusuri sepanjang Sg.
Kinta hingga ke Pondok Wakaf. Terdapat
beberapa penempatan orang asli sepanjang
trek ini. Trail ini akan ditenggelamkan
apabila empangan siap kelak.
Pondok Wakaf
Kem site yang didirikan berhanpiran pintu
rimba, Sebuah pondok wakaf juga didirikan
tetapi telah pun runtuh dimamah usia. Sumber
air boleh bersih diambil dari anak sungai
berhanpiran.
Kem Seroja
Masa perjalanan kira-kira 4-6 jam dari
Pondok Wakaf. Ada dua
pondok didirikan disini sebagai tempat rehat
(satu dah sembah bumi) dan bersebelahan sungai yang jernih.
Trek ke sini banyak melintas jeram sungai.
Cabaran utama melangkah balak besar yang
tumbang merentangi trek di tebing bukit. Kem
seroja sering dikaitkan dengan cerita mistik
dikatakan tempat jin bertenggek.
Kem Kijang
Trek ke sini agak mencanak, pendaki perlu
mendaki Bukit Betung. Masa ke sini kira-kira
2-4 jam dari Kem Seroja. 2 jam perjalanan
ke Korbu akan jumpa air Terjun dan 'last water point'.
Bukit Botak
Puncak bukit ini gondol sebesar sebuah
khemah dan dikelilingi pokok-pokok. G. Korbu
dan anak G. Korbu jelas kelihatan. Disebelah
kanan trail pendaki boleh melihat G. Raya.
Trek dari sini ke G. Korbu ada yang perlu
menggunakan tali terutama di tebing tegak.
G. Korbu
Trek mencanak hingga ke G. Korbu,
adakalanya trek batu berlumut yang agak
licin. Dari last water point kira-kira 4-6
jam. Boleh mendirikan khemah di puncak yang
boleh memuatkan 20 - 30 orang. Suhu malam di
puncak ini begitu dingin walau puncak agak
dikelilingi dengan pokok-pokok. Kini
terdapat batu tanda dipuncak gunung.
Panorama menarik
sekeliling G.Korbu. Boleh nampak G. Chamah
-G.Ulu Sepat arah ke Utara. Gunung-gunung
sekitar Banjaran Titiwangsa. Jalan CH -
Simpang Pulai juga boleh nampak. Panorama
neon di waktu malam Bandaraya Ipoh dan
sekitar.
G. Gayong
Hanya 2-4 jam perjalanan dari puncak Korbu
melalui permatang gunung. Sebelum tiba
puncak gunung ada simpang G. Gayung. 5 minit
dari simpang boleh sampai ke puncak.
Simpang G. Gayong adalah persimpangan trek
ke G. Junction. Kem site di puncak G. Gayong
lebih luas berbanding Simpang G. Gayung.
Kem Cerek
Kem dengan cerek lama yang tinggalkan
disini. Trek menurun dari G. Gayung dengan
masa perjalanan setengah jam. Keluasan kem
agak besar dan boleh memuatkan 20orang.
Sumber air jauh kebawah cerun yang curam.
Terdapat alur air satu disebelah kanan (air
agak kekuningan) dan satu lagi berjarak 10
langkah disebelah kiri, airnya jernih dan
dingin.
G. Junction
Hanya 2-6 jam dari G. Gayung. Trek dari
Kem Cerek kebanyakannya mendaki. Pokok
besar-besar dan berlumut sepanjang trek.
Tapak kem site di puncak cukup luas
menampung 40 orang. Puncak gunung ini
menjadi persimpangan trek ke G. Yong Yap
(trans Titiwangsa V.2). Panorama matahari
terbenam disekalik G. Gayung dan G. Korbu
cukup indah.
Puncak 6850
Puncak yang tiada nama ini hanya dikenali
dengan ketinggiannya. 2088m ketinggian
yang ditanda dalam peta topografi. Puncak
gunung ini bersebelahan dan berdekatan
dengan G. Junction. Cuma beberapa minit dari
G. Junction. Luas puncak ini cukup kecil dan
berpokok bonsai.
Kem H2O
Checkpoint ini dinamakan H2O kerana ada
menjadi sumber air sungai berjeram buat bekalan pendaki. Trek
dari Puncak 6850 ke sini menurun curam dan
cerun berbatu. Ada masanya pendaki perlu
menuruni menggunakan tali yang disediakan.
Pendaki akan melintas sebatang anak sungai
(sungai yang sama)sebelum tiba di
Kem H2O. Ada kawasan khemah disini sesuai untuk
pendaki bermalam. H20 ke G.Yong Belar ada
satu lagi last water point.
Kem Kuali
Kem ditengah-tengah hutan ditandakan
dengan Kuali ini ada sumber air, last water
point sebelum tiba ke G. Yong Belar. 1 jam
ke puncak G. Yong Belar. Luas kem ini dan
agak datar sesuai untuk 20 - 30 orang.
Kawasan ini agak sejuk dan menjadi laluan
angin walau dikelilingi pokok-pokok besar
yan g berlumut. Sumber air cukup dekat dan
adakalanya kering di musim panas. Trek dari
Kem kuali ke G. Yong Belar, pokok masih
besar-besar dan berlumut.
G. Yong Belar
Puncak yang boleh memuatkan 5-6 khemah.
Sebahagian dari puncak telah runtuh. Kesan
tanah runtuh masih jelas dan membuatkan
tiada penghalang angin ke kawasan puncak.
Panorama indah terutama bayang-bayang G.
yong belar semasa pagi. G. Irau dan G.
Berinchang jelas kelihatan. Begitu juga
gunung-gunung sekitar Banjaran Titiwangsa.
Anak G. Yong Belar
Trail dari G. Yong Belar ke sini dipenuhi
pokok-pokok bonsai. Puncak G. Yong Belar
jelas kelihatan. puncak anak G. Yong Belar
boleh digunakan berkhemah tapi lebih kecil
berbanding puncak G. Yong Belar.
Kem Tudung Periuk
Trek ke sini agak lembab dan adakalanya
begitu lecak. Trek tidaklah mencanak cuma
dipenuhi akar-akar kayu merentang hingga
pendaki kena kerap menyusup atau melangkah
akar kayu.
Puncak Gurkha
Puncak ini yang kecil sesuai dijadikan
tempat take 5 minit break. View point pun
ada.
Kem Gurkha
Kem ni luas dan datar. Berada tepi anak
sungai. Terlindung dari angin. Sejam
perjalanan mendaki ke G. Challi (Pondok),
Adakalanya lalu di rabung dan bercerun curam
serta dikelilingi pokok bonsai dan terdedah
pada tiupan angin.
G. Challi (Pondok)
Puncak ini dikelilingi pokok setinggi 2-3
meter. Pendaki perlu memanjat pokok untuk
tengok panorama. Panorama neon pekan Gopeng
boleh dilihat dimalam hari. Kawasan puncak
agak datar dan boleh pasang flysheet untuk
10-15orang. Ada satu tapak khemah berdekatan
muat untuk 1-2 khemah.
G. 3 Negeri
Gunung ini juga dipanggil Triangle
memandangkan ada batu sempadan berbentuk
'triangle' memisahkan 3 buah negeri, Perak,
Pahang dan Kelantan. Kawasan puncak terdedah
tanpa pokok. Keluasan puncak agak sama
dengan G. Challi (Pondok) tetapi tanahnya
berabung dan tak sesuai untuk berkhemah.
Trek dari gunung ini ke Dam Blue Valley
melalui sepanjang sempadan Pahang -
Kelantan. Terdapat batu tanda sepanjang
trek.
Puncak 6040'
Puncak ini ditandakan dengan batu tanda.
Rumput pendek sekeliling kawasan puncak
seperti terjaga.
Kem Topo
Kem ini merupakan last waterpoint ke G. 3
Negeri. Ada alur air tidak jauh dikawasan
lembah berdekatan.
Kem TNB Dam, Blue Valley
2-4 jam dari Kem Tudung Periuk dengan bekas
laluan balak. 400++ anak tangga menamatkan
trek bagi yang menamatkan ekspedisi disini
dan sebaliknya. Kini ada laluan alternatif
menyusuri anak sungai sebelum Dam dari jalan
ke Dam hingga ke batu tanda 136.
Hasil & Sumber:
Bullet & Apip Embi
Photo:
Koleksi OGKL
 |
|
Banjaran Titiwangsa pandangan dari
puncak G. Yong Yap
|
|