|
G.Yong
Yap - G.Bubu - G.Kayong - G.Tok Nenek -
G.Junction - G.Yong Belar - G. Challi
Route
Satu lagi trail merentas Banjaran Titiwangsa
dari G. Yong Yap, Sg. Siput ke G. Yong Belar,
Cameron Highland. Lebih tepat lagi trail
ini seperti berikut: Lasah - Kuala Mu -
G. Yong Yap - G. Bubu - G. Kayong - G. Tok
Nenek - G. Junction - G. Yong Belar - G.
Challi (Pondok) - Triangle - Puncak 6040'
- Blue Valley Dam.
 |
|
G.
Yong Yap dilihat dari G. Junction
|
G.Yong
Yap
Gunung setinggi 7000' ini adalah salah satu
gunung yang dipanggil G7. Puncak gunung
ini memisahkan Mukim Nenggiri, Ulu Kelantan
dengan Sg. Siput, Kuala Kangsar. Masa pendakian
dari Kuala Mu memakan masa seharian.
Lasah
Sebuah
pekan kecil di Sg. Siput, Perak. Pengankutan
bas dari Ipoh ke Sg. Siput menghubungkan
pekan ini. Khidmat 4WD boleh diperolehi
disini atau sekitarnya.
Kuala Mu
Kuala Mu merupakan satu penempatan kekal
Orang Asli. Perjalanan dengan 4WD memakan
masa lebih kurang 3 jam melalui jalan tanah
merah manakala masa berjalan kaki hampir
seharian. Kebanyakan Orang Asli disini boleh
memberi khidmat jurupandu arah ke G. Yong
Yap. Balai disediakan oleh masyarakat disini
bagi memudahkan pendaki berehat mahupun
bermalam sebelum / selepas pendakian.
Jambatan buluh dibina untuk pendaki melintas
jeram semasa memulakan pendakian. Laluan
awal pendakian akan mendaki bukit hingga
ke jalan balak tinggal. Terdapat beberapa
simpang sepanjang jalan balak ini.
Pondok Luar
- Pondok Dalam
2-3 jam berjalan pendaki akan bertemu satu
lagi bekas perkampungan Orang Asli ditepi
jalan balak di panggil Pondok Luar. G. Yong
Yap jelas kelihatan seperti tudung saji.
Mula dari sini pendaki akan memasuki trek
hutan. Tidak berapa jauh ke dalam hutan
ada satu lagi pondok dipanggil Pondok Dalam.
Ada sebatang sungai berhampiran sini.
Last Water Point
Sumber air terakhir ke puncak kira-kira
45 minit treking. Terdapat sungai berdekatan
trek. Trail dari last water point ke puncak
agak mencanak.
Puncak G. Yong Yap
Puncak ini ditandakan dengan batang besi.
Kawasan kem site boleh memuat 20 orang.
Hasil & Sumber:
Apip Embi
Photo:
Ramli
|