|
Ekspedisi Merentas Banjaran Titiwangsa
(TRANSPEAK)
(Korbu – Gayong – Yong Belar)
Buat pengiat-pengiat
kegiatan mendaki & pembaca budiman, Sedikit
coretan sepanjang ekspedisi kami Merentas
Banjaran Titiwangsa 23/12/2005 -29/12/2005
Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL) dengan
kekuatan 14 orang pendaki dikehendaki berkumpul
di Hentian Puduraya bagi memulakan perjalanan
pada malam 23 Disember. Seorang demi seorang
peserta tiba di puduraya menanti bas ke Ipoh
tiket jam 8:30 malam.
Deeno
(Ketua ekspedisi),
Arey, Kechik, Eryn,
Apip, Abg. Zaini, Ramli, Azhar, Mas, Meymir,
Man, Faizul, Fairuz
dan
Su
akan mengharung cabaran ekspedisi ini.
Keadaan
lalulintas di ibukota yang sesak sekali sempena
cuti perayaan Krismas turut menyukarkan bebrapa
peserta ke Puduraya. Ramai juga teman-teman
pendaki yang turut melambai kami di puduraya,
antaranya Roland, Paei, Jus, Ina, Ida, Che Din,
Angah Belantara, Rambo, keluarga Ramli dan
teman-teman lain. Terima kasih.
Tepat jam 8:30 bas baru muncul. Ada peserta yang
tak sampai lagi ni. Siap packing barang-barang
dalam ruang kargo bas, tiba-tiba pemandu bas
kata aircond bas rosak kena tukar bas. Fuhhh
sempatlah kawan yang tak sampai lagi kejar bas
ni.
Jam 9:30 barulah bas kami tinggalkan Puduraya.
Medan Gopeng, Ipoh destinasi pertama kami.
Kechik yang lewat menyertai ekspedisi, lebih
awal berlepas dengan bas jam 7:30mlm
Masuk ke Ulu Kinta
Tiba di Medan Gopeng,
Ipoh, kami mencari Kechik, tak nampak pula
kelibat Kechik. “Rasanya tak lah kecik mana si
Kechik ni sampai tak nampak ditengah-tengah
orang ramai ni” Arey menghubungi Kechik,
terkejut bila dikabarkan Kechik turun di Gopeng
bukan Medan Gopeng.
Kami bergerak ke gerai makan, makan malam
sebelum masuk ke Ulu Kinta. Kechik tak lama
kemudian tiba dengan Che Din yang bercadang
pulang ke kampung. ‘Nasib baik teman orghang
Perok” balas Che Din.
Sampai satu simpang yang tidak pasti, kami
tunggu guide kami yang berada dibelakang,
Kebetulan seorang Orang Asli lalu. Sempat
diberinya pedoman.
Orang Asli: Yang
sana ke Kg. Makmor, kamu ikut situ
Kami :
Terima kasih.
Arey :
Jauh berjalan keluar tu
Orang Asli :45 minit saja, mana jauh, kalau
sejam barulah
jauh.
Kami teruskan
perjalanan lagi. Dentum dentam bunyi jentera
ditapak Dam Ulu Kinta. Dari atas bukit kami
nampak Dam Ulu Kinta dalam pembinaan. Kawasan
yang akan tenggelam juga tak lepas dari
pandangan kami. Lagi sekali kalau kami datang
mungkin dah lain pula pemandangan disini.
Sampai satu kawasan lapang ada dua lagi simpang,
Satu turun ke arah Dam, satu naik ke bukit. Jam
menunjukkan pukul 11:00. Eloklah kami berkumpul
balik dan berehat pekena roti canai yang
dibekal. Jadilah kem ni, kami panggil kem roti
canai.
11:30pagi, kami meneruskan trekking, jalan ke
atas bukit menjadi pilihan guide kami. Sempat
Arey bisik, laluan ke bawah juga boleh, pernah
dia lalu ikut situ.
5 minit seterusnya trek balak pun tamat, ada
tanda reben merah di pokok setentang trek. Kami
teruskan treking masuk ke rimba. Hampir setengah
jam mendaki bukit, Kechik pula mengepalai team
kami.
Penuh pokok bertam sepanjang trek. Sampai satu
tempat di penuhi rumpun pokok bertam. Kechik
berhenti dan kami semua berkumpul balik. Deeno
tengok trek dan kabarkan sepatutnya trek tala ke
arah sungai. Deruan air yang tidak jauh ditepi
bukit membuatkan Kechik, Apip dan Ramli pergi
tengok, samada ada trek ke arah sungai.
Gagal temui trek yang meyakinkan. Akhirnya Deeno
mengumumkan untuk backtrek. Memandangkan jam dah
pukul 1:00. Perut kami isi dahulu. Cukuplah roti
paun cicah sambal ikan bilis Ieda.
Patah balik kami sampai ke kem roti canai dan
berkumpul balik. Kali ini kami ikut trail turun
bukit ke arah Dam. Macam tak yakin aja, kami
membiarkan Deeno, Arey, Kechik dan Azhar turun
dahulu bertanyakan orang yang berada di bawah
sana.
Lambaian Azhar dari bawah bukit, menggerakkan
kami semua untuk turut turun. Sah sudah trail
yang patut kami ikut, ada pula papan tanda,
‘Pendaki G. Korbu dilarang melalui kawasan ini.’
Jam ditangan menunjukkan pukul 3:40ptg. Lama
juga kami ambil masa sebelum sampai sini.
Perjalanan sepanjang Sg. Kinta yang telah
disodok rasa memenatkan, apatah lagi tahu
perjalanan ke Kem Kijang masih cukup jauh. Nasib
baik juga cuaca tidak panas lansung. Kalau tidak
mau berpayung kami.
Baru jalan tak sampai sejam dari Dam, kami
berhenti makan lagi. Makan petang pula, roti
paun tengahari tadi yang berbaki kami habiskan.
Sampai di pintu rimba jam dah pukul 4 lebih.
Kami teruskan dan tiba di Pondok Wakaf jam 5:00.
Solat dan berkumpul. Sasaran kami ditukar dari
Kem Kijang ke Kem Seroja.
Keadaan hutan makin gelap, Azhar yang pernah
mendaki G. Korbu mendahului kumpulan. Arey dan
Deeno bertindak sebagai sweaper.
Beberapa sungai kami lintas. Cabaran utama di
trail ini adalah ‘Balak besar’ yang merentangi
trek ditepi lereng bukit. Meymir yang lincah
mendakap balak dan lepas ke sebelah. Yang lain
terpaksa mencampak haversack dahulu. Malang
sedikit bagi Azhar tergelincir terus jatuh ke
bawah, nasib baik kepala tak terhantuk batu
sungai.
Perjalanan kami teruskan, siang bertukar malam.
Azhar dan Mas berhenti memancing ikan sambil
menunggu teman-teman dibelakang. Apip, Kechik,
Eryn, Man, Faizul, Meymir dan Ramli terus
berjalan.
Tak semena-mena bulb miniMaglite Meymir
terbakar, bulb spare tak ada pula. Terpaksalah
Apip & Meymir jalan berdua suluh bergilir-gilir.
Silap langkah terhumban ke gaung. Digelaknya
Meymir. Tak lama Meymir pula terhumban ke gaung.
Terasa jauh meninggalkan teman-teman dibelakang,
Apip, Eryn & Meymir berhenti treking. Meymir
mula merungut, entah jauh lagi ker perjalanan.
Perut dah lapar.
Sebaik saja Kechik dan beberapa lagi kawan lain
muncul kami pun angkat kaki. Kechik yang
dibekalkan walkie-talkie mendapat arahan untuk
berhenti dari Deeno, Kami disuruh masak maggi
untuk makan malam dahulu dan Resque untuk orang
belakang. Ditepi sungai kami berhenti, Ramli dan
Kechik pergi resque.
Sementara menanti teman-teman yang lain tiba.
Ramai yang melelapkan mata diatas batu ditepi
sungai. Eryn dan Apip dah buka dapur. Seketika
kemudian kembali Kechik & Ramli memikul
haversack Abg Zaini & Fairuz. Letak aja
haversack, Kechik pergi resque lagi.
Akhirnya kumpulan dibelakang tiba, Haversack Su
dah dibahu Kechik. Nasi putih berlauk daging
black paper disaji. Sudah makan kami berkemas
untuk ke Kem Seroja. Abg Zaini terkejut,
diingatkan disinilah destinasi hari ini. Lokasi
tepi sungai yang berisiko kepala air sudah tak
diperasannya lagi.
Jam 12:00 malam kami semua sampai di Kem Seroja.
Azhar, Mas, Man, Meymir dan Faizul yang tiba
awal dah terbaring ditanah.
“Kita pasang fly sheet
kat sini” arah
Apip
“Tak payahlah,
tidur macam ni pun boleh dah”
balas Azhar.
“Jom
Kechik kita pasang berdua, diorang ni pewai dah”
sambung Apip.
Akhirnya flysheet dan khemah dipasang
bersama-sama. Fairuz tak lepaskan peluang terus
mandi disungai, yang lain turut membersihkan
diri dan masuk tidur.
Episod II : Mara ke
Korbu
Pagi yang damai ini kami AZAM untuk terus mara.
Dikala orang lain sibuk berehat menyambut
Krismas hari ini, kami pula akan bersusah payah
dalam hutan.
Hujan renyai seketika membasahi bumi. Siap
bersarapan pagi, menu KeawTiau goreng, kami pun
meninggalkan Kem Seroja jam 9:30pagi. Lewat satu
jam setengah dari jadual, almaklumlah semalam
OT.
Apip :Su, masih
pakai sandal hari ni? Su tak bawak kasut.
Su :Mana Su tahu (trek) macam ni.
Apip :Su kasut saiz berapa?
Su :Saiz 5.
Apip:Kalau saiz 6, boleh pakai adibus kak Eryn.
Tulah
degil, kan masa jogging di Kelana Jaya Abg
Deeno
ngan Abg Apip dah pesan pakai kasut, bawa
sandal.
Su :emmmm
Pelan-pelan langkah kami hayun. Jam 10:30pagi
kami lintas Kem Kijang. Sampah bertimbun
ditambah pula dengan banting-banting ekspedisi
ditinggalkan disini.
Trek hari ini masih boleh tahan, tidak terlalu
mencanak, Sejuk gunung sudah terasa. Man
siang-siang sudah mengenakan baju hujan untuk
mengurangkan rasa sejuk. Reben dari Majlis
Perbandaran Kelang (MPK) sesekali kelihatan
diikat dipokok.
Deruan air semakin kuat, langkah semakin pantas
untuk sampai ke Last Water Point sebelum ke G.
Korbu. Apip dan Kechik yang tiba jam 1:30 segera
pasang Flysheet dan buka dapur. Elok saja siap
fly, hujan pun turun. Eryn masak cekodok untuk
alas perut tengahari ini.
Arey: Shuut,
kat belakang tadi aku tipu si Fairuz, kata bukit
yang lepas tu, G. Korbu. Dia mati-mati percaya.
Aku dah tak tau apa nak saiko dia lagi. Asik
tanya bila nak sampai aja.
Kami semua
angguk. Arey dan Ramli jadi sweeper pagi ni,
habis diangkutnya barang-barang peninggalan.Tak
lama kemudian, Fairus sampai, dengan senyum
terus tanya kami pukul berapa kami lalu puncak
Korbu tadi. Pukul 3:30ptg dia dah sampai puncak
Korbu. Nak berderai ketawa kami, tapi cuba
ditahan dan disembunyikan juga.
Fairus: Lepas ni
target kita Bukit Botak, pastu anak Korbu.
Apip : yup
Fairuz: kira tinggi lagilah anak Korbu dari
Korbu ye.
Beginilah gambaran awal yang diterima Fairuz
yang pertama kali mendaki gunung.
Jam 4:00 petang semua pendaki sudah meninggalkan
Last Water Point setelah mengisi segala botol.
Hujan pun dah reda. Azhar pula terus trekking
dengan baju hujan selain Man.
Tiba di Bukit Botak jam 5:15ptg, kabus lepas
hujan masih tebal, sesekali nampak kelibat G.
Korbu tegak dibalik balik anak Korbu.
Treking dari Bukit Botak ke G. Korbu, kami
berjalan dalam satu kumpulan. Bila gelap lampu
menjadi penerang jalan kami. Banyak pula main
tali dan tebing batu yang kena kami tempuhi.
Sambil menunggu giliran menggunakan tali, sempat
juga kami bergurau senda. Ada yang
berbalas-balas kentut mengantikan pantun.
Lepas satu puncak, ada satu lagi puncak, lepas
tu ada lagi satu puncak. Kechik secara solo yang
meninggalkan kami dibelakang. Sorotan lampu
picit Kechik kelihatan cukup jauh menandakan
masih jauh dan ada beberapa lagi puncak sebelum
sampai Puncak G. Korbu.
Apip
: Kechik apa pasal berhenti sini?
Kechik: Banyak simpanglah, aku tak ingat simpang
mana
ni.
Apip : Sama-samalah kita duduk sini
tunggu orang
belakang.
Azhar yang sampai setengah
jam kemudian, terus tegur, “Apasal duduk sini,
belah sana kan lapang, ini lah puncak Korbu.
Banyak simpang kawasan puncakkan. Tu batu tanda
puncak.”Maknanya jam 10:30 kita dah sampai
puncak Korbu” jawab Apip sambil tepuk Kechik.
Kumpulan terakhir sampai jam 12:30 mlm baru
tiba. Flysheet dan Khemah didirikan. Nasi ayam
pula menjadi sajian kami sebelum melelapkan
mata, Chef Ramli turut memainkan peranan.
Sorotan kisah dan gelagat teman-teman sepanjang
hari sempat juga dibualkan. Beirut puncak Korbu
masih ada semasa Ramli mendaki zaman kecilnya
dahulu.
Episod III :
Indah bumi Tuhan
Seawa pagi kami dah,
bangun, ada juga teman-teman yang dalam kantung
tidur lagi. Panorama fajar dan matahari terbit
memukau mata. Langit cerah, semua gunung-gunung
disekeliling dapat kami lihat.
Mengimbau trail semalam. Kami merenung bukit
Botak, G. Raya disebelahnya, Sg. Kinta dan Dam,
barisan bukit yang kami tersasar. Menurut Ramli,
masa kecil dahulu dia mendaki G. Korbu ikut
trail bukit, tak lalu banyak Sungai. Barisan
bukit yang mengarah ke Kem Seroja mungkin trail
yang digunakan.
Bandar Ipoh dan kawasan sekitar terpampang luas.
G. Bubu
dan G. Putung
Asap dapat
dilihat untuk ekspedisi OGKL tahun 2006
Berdekatan Jln Simpang Pulai – CH pula
G. Chabang.
Bersebelahan G. Korbu,
G. Gayung
dan permatangnya kami amati sebelum kami lalui
nanti.
Nun jauh arah utara, kelihatan puncak
G. Chamah
dan G. Ulu
Sepat. Arah Sg.
Siput pula G.
Yong Yap, G. Bubu
dan G. Tok Nenek*
dapat dilihat.
G. Yong Belar
juga tersergam didepan mata, moga kekuatan dapat
membawa kami ke sana, insyaAllah. Walaupun
ekspedisi kami dikala musim tengkujuh, setakat
ini cuaca masih baik. Hujan pun kurang.
Pemandangan sekeliling Banjaran Titiwangsa ini
kami tengok tak puas-puas, bukan mudah nak
sampai sini. Sempat juga imbau kembali hal
semalam. Kechik yang tidur sebelah Apip beberapa
kali vibrate. Ada juga yang bedengkur bunyi
mengeletar. Beginilah kisah bawah flysheet.
“Mir, aku bagi
ponstant baru laju. Itu lah dia gelakkan aku
hari memula, lambat aja. Aku lambat pun tak
makan bahan terlarang. Kalau athlete ni dikira
disqualify”
mula Deeno.
“Penggunaan pil paint killer hanya akan diberi
jika masa perlu aja. Kekuatan terletak pada hati
bukan pada kaki”
sambung Deeno.”Mir
kekuatan terletak pada postant.”
Sambung Apip pula.
“tu lah abang sendiri ndak dipangkahnya”
tambah Deeno lagi.
"patut lah tak
kurus-kurus naik gunung, makanan sedap2, memula
daging black paper, malam tadi nasi ayam"
Mir tukar perbualan.
“tu nak pangkah
aku lagi lah tu”
jawab Deeno.
“bang Teh ngan
Che Din, bang Teh nampak slim lagi”
pujuk Mir.
Pagi ni kami sarapan bihun goreng pula, Siap
berkemas, jam 9:45pagi kami meneruskan
ekspedisi. Andai hari ini kami dapat ke Kem Site
H20 seperti jadual asal, lega rasa hati. Sasaran
awal kami ke G. Gayong kira-kira 2 jam
perjalanan tapi boleh jadi 4 jam, tegas Deeno.
Su, Apip suruh jalan dahulu memandangkan Su
sering tiba lewat. Abg Zaini ikut langkah Su.
“Pelah-pelan
kayuh” sering
dilaungkan Apip dari belakang Su dan Abg Zaini.
Dua jam dah berlalu kami masih belum sampai
simpang G. Gayung lagi. Abg Zaini akhirnya
berhenti terus duduk. Abg Zaini dah pecah
mental, Su, Apip suruh tarik nafas dalam-dalam
dan teruskan berjalan perlahan-lahan Su setuju
dan meneruskan perjalanan.
|
|
Su yang berada diatas
bukit melambai-lambai pada Abg Zaini dari jauh
membakar semangat. Seketika kemudian kami tiba
di simpang G. Gayung. Haversack kami tinggalkan
disini, kami pergi ke G. Gayung yang hanya 5
minit perjalanan dari sini.
Jam 12:00 tgh baru kami tiba di G. Gayung.
“huh, nak
mangkat” rungut
Meymir yang baru tiba setelah berjalan di
kelompok belakang. Habis bergambar kami.
Tinggalkan G. Gayung.
Selamat Tinggal Korbu -
Gayung
Sasaran kami seterusnya
Kem Cerek untuk makan tengahari dan mengambil
air. Trek menurun dan tak terlalu curam. Su
masih Berjalan saing Eryn, Apip dan Deeno.
Sambil berjalan sambil berbual. Banyak juga yang
dirungutkan Su. Su yang tak menyangka cabaran
begini meluahkan rasa. Rasa tak selesa untuk
trekking pun ada, buat tu , buat ni, Abg Besar
yang suruh.
Su :
Tak sangka macam ni teruk
Apip: Kan hari tu (di Tasik Kelana Jaya) Abg
Deeno dah
kata, cabaran macam mendaki dari
Kuala Tahan ke
G. Tahan.
Su :Su mana pernah mendaki dari K.
Tahan, lalu pun tak
pernah, Su dulu pergi (G)Tahan ikut
Merapoh
-Merapoh.
Apip: Hah! Baru sekarang nak bagi tau, hari tu
buat
macam paham aja.
Su :emm
Apip:Oooo patutlah orang jogging 3 bulatan tasik
Su
jogging keliling gelanggang badminton
aja.
Tiba-tiba Su tergeliat lagi. Kedua belah kaki
dah tergeliat, satu tergeliat masa hari pertama
lagi ketika river treking. Eryn membantu Su
bangun, berehat seketika dan meneruskan
perjalanan lagi. Su janji akan lebih hati-hati
bagi mengelakkan keadaan yang tak diingini.
Tiba di Kem Cerek jam 1:30tgh, beberapa orang
dari kami turun ke sumber air. Kami diminta
mengisi penuh botol air. Sumber air di kem cerek
cukup jauh dan curam. Abg Zaini yang baru nak
turun, Apip tegah dari terus turun. Ramli yang
tergelincir masa turun terpaksa naik kembali.
Roti nan dan kari menjadi alas perut kami. Dua
pac lagi roti nan gagal dijumpai. Tak ada
seorang pun mengaku pikul. Maggi mee dimasak
untuk mencukupkan makanan. “Sudahlah roti pita
yang dipesan, roti nan yang dibeli Che Din, 2
buku roti paun lagi, pun udah di ngap” rungut
Eryn.
Sejam berehat di kem Cerek, kem yang ditandakan
dengan sebiji cerek, kami bergerak. Apip & eryn
bergerak ke dahulu supaya tugas memasak mudah
kami uruskan.
Tepat jam 6:30ptg Apip tiba di puncak G.
Juntion, 4 jam treking seperti yang dikatakan
Deeno. Seketika kemudian Faizul pula tiba
diikuti Mas dan Meymir. Gelak besar Meymir dapat
tiba lebih dahulu dari abangnya Deeno tanpa
menggunakan bahan terlarang.
Sunset arah G. Gayung & G. Korbu nampak menarik
sekali. Gunung berlatarbelakangkan warna jingga
senja memukau mata. Keindahan hanya dapat
dirakam dalam kotak fikiran. Kamera yang Apip
bawa gagal berfungsi dari Dam lagi.
Faizul: Dah
sampai ke kita?
Apip: Belum lagi, ni baru G. Junction
Faizul : Abis tu kenapa tak jalan terus?
Apip: Tunggu dulu, tunggu arahan Deeno dulu.
Jam 8:30mlm Deeno yang bertindak sebagai sweaper
tiba dan terus umumkan, bermalam di puncak
Junction. Bergegas kami memasang Fly dan menukar
pakaian.
Semua ration dikumpulkan kembali untuk
memudahkan proses memasak.
“ ehh siapa tadi letak
roti nan.”
Jerit Eryn. Ramli yang mengetahui siapa gerangan
yang membawa roti nan merahsiakan atas
sebab-sebab peribadi walau didesak Kechik.
“Tak pa, siapa
yang lapar esok-esok, dia akan ingatlah”
Apip sejukkan suasana.
Selesai makam malam, majlis suaikenal diadakan.
Apip mula memperkenalkan diri tanpa banyak
cerita. Seorang demi seorang memperkenalkan
diri. Su sekuntum bunga belum berpunya menjadi
usikan.
“Saya Kepten
Mohd Zaini Kadir …”
Abg Zaini memperkenalkan diri. Zamir yang
dipanggil Meymir baru 16 tahun dan kali pertama
terlibat dengan aktiviti mendaki. Sambil-sambil
sessi suai kenal, Man yang duduk di hujung
flysheet sibuk bermain dengan tikus gunung.
Faizul yang agak pendiam dan masih solo,
mendapat galakan penuh dari ibubapa. Azhar yang
datang berdua dengan Mas sememangnya menanti
cabaran sebegini.
Episod IV : Menyusup akar
Lega pagi Isnin, 26 Dis
ini langit cerah seperti di G. Korbu, panorama
hijau berbalam-balam. Pencawang diatas gunung
menandakan G.
Berinchang, CH
jelas kelihatan. Dihadapannya sudah tentu
G.Irau.
G. Yong Belar
masih jauh untuk dijejaki.
8:45pagi kami meninggalkan puncak G. Juntion.
Plastik-plastik kami bakar. “Roti nan pun cuba
dilonggok di tempat bakar untuk menghilangkan
bukti” jerit Deeno. Tidak siapa yang mengaku
bawa roti nan, dan tidak siapa yang berani ambil
semula.
Trail dari G.Juntion, banyak yang menurun, walau
ada kami lintas beberapa puncak antaranya puncak
yang tidak bernama dan hanya dikenali Puncak
6852’,
Cabaran awal hari ini, kami tepaksa menyusup
celah-celah akar kayu, ada terowaong bawah akar
kayu dan cerun-cerun yang curam.
Jam 12:15tgh kami dah tiba di Sg. H20. kalau
mudik kehilir akan sampai ke Kem H20. Kami
berhenti untuk makan tengahari disini atas
arahan ketua ekspedisi. “Masak dekat dengan
sungai” arah Deeno.
Baki roti nan ditambah dengan cekodok dijadikan
sajian tengahari. Sweaper sampai di sini jam
2:30 ptg. Arey terus mengambil alih memasak
cekodok.
Dingin air sungai, membuat beberapa teman teruja
untuk mandi. Su diarah merendam kaki dalam
sungai bagi membolehkan terus survive.
Cekodok panas cukup laku, Abg Zaini hanya lalu
menjeling aja. Apip paksa juga jamah lantas
diambilnya sedikit. Habis cekodok dimasak,
Lantas Arey suruh dikemaskan dapur. Lama sungguh
kami berhenti makan tengahari. Jam 3:50petang
baru menyambung balik treking.
Deeno yang merancang memintas laluan kem H20
tersasar lagi sekali. Kami tiba di kem H20 juga
akhirnya. Terus kami diberi arahan meneruskan
pendakian dan berkumpul semula dipuncak bukit.
Di puncak bukit kami diberi sasaran untuk terus
ke puncak G. Yong Belar. Ramli, Meymir, Man,
Azhar dan Man pergi dahulu diikuti yang lelain.
Hampir tiba senja, Apip, Eryn dan Arey
mendahului teman-teman yang lain. Pendakian
terasa cukup jauh. Tidaklah jauh kami
meninggalkan kumpulan Meymir, tapi waktu senja
dan malam membuatkan kami malas membalas laungan
mereka.
Jam 9:30malam, Apip, Eryn dan Arey tiba di Kem
Kuali, last water point sebelum ke G. Yong
Belar. Deruan air yang kuat menandakan sumber
air tidak kering. Angin begitu kencang dan
dingin sekali.
Eryn memujuk untuk bermalam di Kem Kuali
memandangkan teman-teman yang lain belum tiba
lagi. Entah pukul berapa baru boleh sampai sini,
apatah lagi untuk terus ke Puncak Yong Belar.
Sasaran yang diputuskan Deeno adalah puncak Yong
Belar, akhirnya kami teruskan juga setelah
undian 2 nisbah 1.
Tenaga makin berkurangan rasanya, Apip terpaksa
mendaki bertongkatkan lutut dan siku. Seksa
hendak sampai ke Yong Belar. Nampaknya jersi
kuning terpaksa diserah pada Eryn pula.
Setengah jam sudah kami dari Kem Kuali, Eryn dan
Arey mula berbelah bagi samada hendak berpatah
balik ke Kem Kuali memandangkan seksanya Apip
mengharungi cabaran ke Yong Belar apatah lagi
teman-teman lain seperti Abg Zaini, Su dan
Fairuz.
Biar patah kaki, semangat jangan patah. Apip
terus berkeras meneruskan pendakian ke puncak
Yong Belar. Perlahan-lahan kami mendaki sambil
menyuluh jalan.
Akhirnya, jam 10;30mlm kami jejak kaki ke puncak
G. Yong Belar. Lega dihati tak terkira. Arey
yang masih bertenaga segera pasang flysheet
sambil dibantu Apip. Siap saja. Kami salin
pakaian dan masak air.
Hendak memasak untuk teman-teman yang lain,
ration belum sampai. Pekena air panas dan makan
bubur segera yang kami ada sambil menunggu
dibawah flysheet.
Tidak lama kemudian kami dengar laungan suara,
terus kami sahut. Beberapa minit kemudian muncul
Meymir, Ramli dan Man. Air kami hulurkan.
Merungut Meymir,“Mir
ingat jauh lagi, tu yang berhenti masak maggi,
Yelah, panggil tak jawab-jawab”. “Abih, dah
memalam terpekik-terlolong”
balas Apip.
Tak daya nak layan, Apip dan Arey sambung tidur.
Eryn sibuk tolong apa yang patut. Peserta akhir
sampai puncak jam 2:30pagi. Eryn masih sibuk
memasak mee segera bagi menyegerakan masakan
siap.
Episod V: Yong Belar -
Keluar ke CH
Seawal pagi Apip dah
bangun, ramai lagi yang masih terbungkang. Yang
tidur balik pun ada. Lega rasa dah berda di
puncak Yong Belar mengikut jadual asal. Cuma
jadual untuk treking jam 8 pagi rasanya seperti
mustahil.
Segera kedapur Apip, tanak nasi dan jerang air.
Cuaca cerah sekali lagi, membolehkan kami
menikmati panorama indah, matahari terbit.
“Dulu ada tiang
besi kat sini”
Deeno kabarkan kepada kami tanda puncak G. Yong
Belar.
“Ahhh, semua
jari dah bengkak, tak kira, esok nak masuk wad
juga” rengek Su
dari dalam khemah.
“Biasalah tu, tak ada apa
tu, dah keluar makanan dah siap.”
Jawab Apip. Siap masak nasi, kawan-kawan
dikejutkan untuk makan. Menu nasi putih berlauk
sambal, Sayur kobis masak lemak dan telur dadar
serta ikan masin. Air teh, seperti biasa
disediakan Kechik.
Siap makan semua Apip & Eryn sediakan nasi
goreng pula untuk bekalan tengahari. Kechik
membantu menyediakan 14 bungkus nasi goreng.
Sampah-sampah dibakar, botol-botol air juga
turut dicampak kedalam api. Mentang-mentanglah
dikatakan hari ini akan keluar dari hutan. Entah
siapa turut menbakar botol berisi sedikit
minyak. Tak dapatlah nak buat nasi goreng
selepas ini.
Puas bergambar di G. Yong Belar, jam 11:00 pagi,
Deeno yang mengepalai ekspedisi meninggalkan
puncak. Apip, Ramli & Arey pergi ke view point
untu melihat G.
Challi (Pondok)
dan G. Tiga
Negeri
memandangkan kami dikatakan tidak akan melalui
gunung ini.
Pulang dari view point, teman-teman yang lain
kembali ke puncak. Deeno kabarkan tak jumpa
simpang ke trek baru keluar dari Yong Belar.
Arey kemudian menunjukkan jalan ke anak Yong
Belar, simpang ke trek baru ada belah sini
katanya.
Kem kasut menjadi sasaran kami untuk berkumpul
semula. Sedikit demi sedikit kami meninggalkan
puncak G. Yong Belar. Laluan kami agak landai,
tak seksa seperti semalam.
Jaun berjalan, Kem kasut yang disebut-sebut tak
kunjung tiba. Jam 12:30tgh kami sampai di satu
puncak, ada tetulis Mt. Gurkha. Hati dah terasa
akan sampai kem Gurkha di bawah nanti. Tiada
pilihan, Deeno arah diteruskan perjalanan.
Abg Zaini nampak cukup cergas hari ini,
almaklumlah hati dah hendak pulang.
Seorang-seorang Abg Zaini cucuk. Turun naik,
turun naik bukit selepas berhenti makan
tengahari, akhirnya kami lintas sebatang anak
sungai dan terdapat kem disebelahnya.
“Kem Gurkha!”
semua terkejut
tengok tanda yang dipasang di kem ini.
Deeno yang sampai, kemudian beri sasaran ke G.
Challi (Pondok) memandangkan kem site G.
Triangle agak kecil untuk kami. Gambaran trail
ke Challi dimaklumkan. Bekalan air disuruh diisi
dari sini. Ramai diantara kami sudah tidak ada
botol air. Nasib baik ada sebiji botol besar
ditinggalkan di kem ini.
Kechik sukarela memikul penuh botol besar yang
digantung di kem ini. Mas pula meminta izin
mengisi separuh botol 4 liter yang dibawanya.
Meymir yang pada mulanya mengatakan sudah tiada
botol akhirnya mengeluarkan botol kecil setelah
dimakumkan siapa tidak donate air tak makan
malam nanti.
Rasa lega dihati kami dapat mendaki G. Challi
dan G. Triangle. Apip, Azhar, Mas, Ramli dan Man
masing-masing menyuarakan rasa gembira.
Seawal 5:30 petang kami dah tiba di puncak G.
Challi. Kawasan puncak utama kami putuskan untuk
dirikan flysheet dan ada satu kawasan terlindung
selesa untuk satu khemah kami putuskan untuk
khemah kaum ibu. Che Din dihubungi menyatakan
keadaan kami dan untuk menguruskan 4x4 yang akan
menjemput kami ditukar ke tengahari esok.
Bergotong-royong kami sama-sama. Abg Zaini tiba
aja, flysheet sudah siap. Siap kami
menyediakan dapur untuk memasak. Beras ketupat
extra yang Apip bawa nampaknya akan jadi bubur
nasi.
Su dan Fairus yang dibelakang tiba dipuncak jam
8 malam. Malam ni kami makan bergelap
memandangkan bekalan gas tinggal sedikit.
Seperiuk bubur nasi menjadi sajian kami.
Episod VI: Jejak
ke Triangle
Langit masih cerah dipagi Khamis, 29 Dis. Semua
seperti tidak sabar keluar dari hutan. Jam 8.30
pagi kami sudah meninggalkan puncak.
Sejam kemudian kami tiba di puncak Triangle juga
dikenali G. Tiga Negeri. Gunung yang
membahagikan 3 buah negeri, Pahang, Kelantan dan
Perak. Batu Aras diletakkan dipuncak gunung ini.
“banyaklah
gunung aku naik, ingatkan G, Korbu, G. Gayong
dan G. Yong Belar aja”
sebut Ramli yang sibuk nak tick gunung yang
telah didaki di baju Cabaran Gunung-gunung
Malaysia – OGKL..
Dari puncak Tringle kami lalu menyusur sempadan.
Nombor pada batu kami perhatikan. Sampai di satu
palong air, Trail ikut sempadan ditutup,
menyusur sungai pula kami, jenoh juga berjalan
atas batu-batu yang berlumut. Tanda dari MPK
juga ada sepanjang laluan ini.
Kami keluar dari trail sekitar jam 2ptg. Trail
ini akhirnya mati di jalan raya ke Dam. 4x4 yang
tunggu kami, membawa kami ke Dam untuk
membersihkan diri. Terlepas kami dari azab turun
beratus anak tangga di Dam.
Memandangkan sudah agak lewat. 4x4 disuruh
menghantar kami terus ke stesen bas Tanah Rata.
Kami pulang ke KL. Setelah transit ke Ipoh. Di
puduraya Sessi penutup diadakan, kami
bermaaf-maafan. Bersurai.
* G. Berhid, sumber Jabatan Ukur dan Pemetaan,
1996.
Gambar
- apip embi -
|