BBQ Seafood Pantai Kelanang

Assalamualaikum WBT...

Syukur alhamdulillah, BBQ Seafood yang dijalankan di Pantai Kelanang Sabtu lepas telah pun selesai berlangsung dalam suasana riang & meriah - walaupun lunch bermula pada jam 4pm!;) Ucapan berbanyak terimakasih atas chief program; Eryn & Sherrie yang bertungkus lumus melakukan segala persiapan sebelum, semasa & selepas program dijalankan - terbukti walau ada anak kecil bukan faktor penghalang untuk memberi sumbangan kepada kelab ogkl!

Terima kasih atas kehadiran penasihat kelab, Hajah Zaleha Abu Samah, para AJK, ahli lama serta ahli baru yang hadir pada program semalam. Hampir 50org turut serta dalam program ini. Berikut kronologi program yang sempat
dirakamkan dalam pemerhatian crew@ogkl.com.my;

9++am - Kebanyakan peserta & ajk penganjur memulakan perjalanan ke Pantai Kelanang. Puan Sherriemah sekeluarga telah pun menunggu di sana dengan hasil tangkapan (guna RM); udang XXL, ketam, ikan, sotong,pepahat etc.

11++am - Dah ada peserta yang mula sampai ke Pantai Kelanang. Booking tempat,pasang khemah, siang-siang ikan. Berkongsi tempat di luar perimeter Kadet Polis.

12++pm - Semakin ramai yang sampai di Pantai Kelanang. Suasana makin meriah. Walaupun cuaca panas, angin bertiup kencang. Dari tepi pantai kelihatan air laut yang surut dan jauh dari pantai. Seakan-akan Pantai Bagan Lalang.Ketika ini Yassir selaku orang kampung Kelanang, sibuk mengangkut ais serta alatan yang perlu untuk BBQ ini. Kaum wanita ketika
ini kebanyakkannya sibuk dengan tugasan membasuh, menyiang, serta memerap hasil laut.

1++pm - Terpaksa berpindah lokasi disebabkan desakan dari pegawai Kadet Polis yang sedang berkhemah disitu - dengan alasan mengganggu program yang akan mereka jalankan. Terpaksa bergotong royong memindahkan khemah serta
barang-barang lain ke lokasi terkini yang lebih hampir dengan fasiliti Pantai Kelanang. Mula 'membelanda' kawasan sekitar.Hammock pelbagai warna mula dipasang, khemah mula dipacakkan, ground sheet mula dibentang. Kerja-kerja akhir sebelum membakar hasil laut dilaksanakan. Dalam masa sama , kenyang makan rambutan yang dibawa oleh kawan-kawan.

2++pm - Arang mula dibakar,BBQ pit mula disusun di belakang menara tinjau. Angin yang kuat menyukarkan proses menghidupkan api. AJK mula bertindak menaikkan ground sheet sebagai tabir menghalang angin ke kawasan BBQ. Yang
lain mula membakar hasil laut serta memotong buah-buahan. Anak-anak kecil terlena diulit angin laut. Yang besar sikit berlarian di tepi pantai bermain pasir.Damai sungguh suasana ketika ini!

3++pm - Bauan BBQ yang menyelerakan mula terhidu. Namun acara makan-makan masih belum bermula disebabkan banyak lagi hasil tangkapan yang perlu dibakar untuk hampir 50org peserta.Ramai yang kedengaran mula merungut lapar nasi.Tapi semuanya masih menunggu dengan sabar.Terpaksalah mengisi perut dengan buah rambutan. Pada yang tak tahan, mula mencari makanan untuk anak-anak di gerai berhampiran.

4++pm - Acara makan-makan bermula!Udang XXL masak merah yang sedap, ikan bakar yang garing, sotong yang manis & kenyal, ikan cencaru+pari+kembung dll yang menunggu untuk dicecah air asam, pepahat yang kecil isinya tp
lazat, serta kerang bakar enak! Berbaloi nampaknya penantian BBQ Seafood bermodalkan RM10..:)

5++pm - Tiba masa untuk Sukan Rakyat. Walaupun terlewat 2jam dari jadual asal, sukan rakyat perlu juga dijalankan bagi melengkapkan jadual program. Dimulakan dengan pertandingan membuat & menaikkan layang-layang. Peserta dipecahkan kepada 4kumpulan - Merah, Pink, Hijau & Oren.Pelbagai gelagat dan aksi ditunjukkan dalam menyiapkan layang-layang. Ada layang-layang mengampu orang kaya, layang-layang pinggan polystrene (?), etc. Yang pasti
semua layang-layang yang di buat semuanya tiada alignment & balancing!

Kesudahannya kemenangan berpihak kepada kumpulan Pinky! Yang kalah perlu memakai topi cawan dengan telur - I'm Loser...:) Permainan seterusnya ialah permainan baling tin. Dua kumpulan berentap antara satu sama lain menentukan pemenang.Jelas kelihatan warga ogkl tak pandai membaling tin walaupun bola yang digunakan lebih besar dari bola tenis.:) Ada pula yang main 'mengelat' dalam memastikan kemenangan kumpulan. Disebabkan masa yang semakin singkat, hanya satu game sahaja lagi yang dapat dilaksanakan iaitu ikat belon. Game yang penuh trick, licik, serta tiada belas kasihan.Lelaki & perempuan bersaing nak pecahkan belon orang lain.Pemenangnya kumpulan Hijau!!!

7++pm - Upacara penutup.Ucapan aluan dari penasihat kelab serta wakil organiser; Ibuk Eryn. Disudahi dengan penyampaian hadiah kepada pemenang keempat hingga pertama.

8++pm - Ramai yang mula meninggalkan Pantai Kelanang. Ada juga yang mengambil keputusan berkhemah terus di sana.

Program ini bukan hanya bertujuan untuk makan BBQ Seafood semata-mata, matlamat utama adalah untuk memberi peluang kepada semua warga ogkl berinteraksi antara satu sama lain dalam suasana ceria, santai bersama keluarga & rakan-rakan. Pihak crew mengucapkan tahniah diatas kejayaan program ini serta sokongan dari warga ogkl baru & lama. Semoga silaturrahim antara kita akan terus berpanjangan.

Salam Rekreasi,
crew@ogkl.com.my

 


     © Hakcipta Terpelihara OGKL : Ver 3.0