Ekspedisi G. Irau - Corporate Trip
 2008


2008: OGKL organised trip, Mount expedition for corporate company, Proton Edar to Mt. Irau the mossy forest. 38 member from Proton Edar with 7 support crew from OGKL and a few crew from Biro Rekreasi Kelab Proton Edar.

Kelab Proton Edar - G. Irau

19th - 20th April, 2008. Line Up members from OGKL : Abg. aPip, Tok Gajoh, aMy aka RiChard, sYeikh, aZmin, aRry, iEda & mysElf as support crew laH.. 8 of us was assigned to handle & run the project.. & so called taking care of Proton Edar Hiker members.
33 Proton Edar hiker lead's by their COOL president.. Abg. Ramli..

start tracking @ 3:50pm.. track cam biaser.. wet & wildz.. hehehhehe.. kapten kat depan a.apip, centre leads by azmin.. tukang sapu tok gajoh berduet dengan arry, ieda and myself.. last port richard & syeikh.. intro 15 mins kire ok.. track start kasik kat area akar belukar... macam-macam jenis akar ada. menjalar.. melintang.. bergayut, semua ada... all of us tracking without complaining.. cewah.. enjin tengah panas ler katerkannn..

Selepas lebih 45 minit treking.. mula dengar rungutan.. ada yang mula take 5.. hell kitchen tadak arrr.. sekali nampak a.apip.. aik? aku dah masuk kumpulan depan ker nih? oo tidak, rupanya itu kapten sudah tunggu gerabak belakang daa.. memandangkan crew yang berada port belakang diawal tadi (richard + syeikh) sudah berdesup guna laluan pintas, cehh.. hampagas!

Udara masih sejuk, dibeberapa tempat, angin bertiup dikira masih boleh tahan juga. Dalam pada sibuk memanjat tu.. sempat juga terasa menggigil kesejukan. Bila diberi peluang take 5.. Seronok melayan wap seperti asap keluar dari mulut. keep moving.. i'll make my move.. leaving grup duet tok gajoh, arry & ieda.. saya ikut azmin pula.  masa treking terdengar azmin cakap  "aku doa panas camni sampai ke malam!".. hahaha adehlaa.. nak gelak sewaktu tengah melayan trek canak.. tapi gelaklah juga.. “hampeh punya azmin.. ini macam punya panas berlagak pula kau mintak sampai malam. cube trek balak terang benderang di bwh sinaran mentari.. nak tgk ko bace tak ini doa lagik.. hhahahahaha.” runggut diriku seorang.

Moving & keeps moving trek.. about 6++ we've reached anak irau.. campsite for us tonight. Tengok beberapa ajk sudah ada di campsite. start preparing campsite.. geng Proton Edar pun sudah mula ambil khemah.Tanpa disangka, dalam majoriti yang sudah sampai ni rupanya kumpulan perempuan. gud job girlz!..

Dekat pukul 7 malam. Kumpulan terakhir pula sampai, tak lari jauh pun.  Jadi setakat ni semua berjalan dengan lancar, seperti dalam perkiraan kami.

Without any further delays.. aku mandi ala maharani Cina. Kemudian tukar fresh & clean outfit.. terus masuk melapor di halal kitchen.. hehehheeh.. few minutes after that arry pula melapor diri diikuti beberapa perempuan dari Proton Edar. Mulalah tugas-tugas kaum hawa.. cooking.. pot pet.. cooking.. tapi kali ini dapur kami agak meriah dek bebelan si richard.. jual belacan.. jual bedak.. jual portfolio... sumua dia lah... air teh yang dibuatnya, dari maghrib sampai waktu makan baru dapat minum. “hahahhaa.. punye la lama” getus hatiku.

About 9 PM every one ready for dinner. menu : nasi, sayur buncis goreng + udang kering, ayam gulai siam & masak asam ikan masin. Geng perempuan Proton Edar semua jaga badan, makan ciput-ciput saja. Geng lelaki pula seperti biasalah. sayur called order 2x.. Jadi chef ieda pun taramlah pula kobis goreng + udang kering.

Selepas makan sessi suai kenal dimulakan oleh Presiden Kelab Proton Edar, diikuti barisan ajk mereka, seterusnya ahli-ahli. Rupa-rupanya mereka ini datang dari cawangan yang berbeza dari serata Malaysia Timur. Kami ingat staff proton COE kesemuanya.

Soalan popular sepanjang sessi suaikenai ni,  umur & status. Mana yang sudah berkawin tu, tak sempat hendak habis cakap, baru sebut "dah Kaa" saja terus dipintas oleh si Richard dengan ucapan "NEXT". Lalu berterusanlah majlis suaikenai tu menjadi majlis cari jodoh!!

Selesai staff Proton Edar, Abg. Ramli menjemput para wakil OGKL pula memperkenalkan diri masing-masing. Seorang demi seorang ahli OGKL memperkenalkan diri, tiba giliran si Amy. “Nama saya bla bla bla.. tapi orang panggil RICHARD.” Bila pulalah kami panggil guna nama glamer tu.. diikutkan hati hendak aja cakap “atau aka BOYOT”, tapi mengenangkan waktu ini Amy tengah berprofil tinggi untuk dijadikan calon kami layan aja mamat ni punya bebelan. Suaikenal diakhiri Chip Apip atau bunyi Arabiahnya AFIF serta taklimat perjalanan keesokannya.


 

 



Pukul 11 malam semua sudah sedia untuk zzzzzz.. wakil OGKL + beberapa ahli Proton Edar,  tidur lambak bawah flysheet, termasuk Presiden Kelab Proton Edar yang kununnya nak duty sentri. “hmm lantok kome lah.” Tanpa cerita banyak, saya terus slip into my sleeping bag & zzzz.. tengah syok zzz.. terdengar suara ieda.. "eee ujan ar... air masuk.. weh ujan..." dan malam merangkak subuh yang sunyi itu pun jadilah riuh sekejap. Ada yang bangun & joint ieda, ada geng yang memilih untuk jadi. Penidur TEGAR.

Seawal 5 pagi,  kesemua kami dikejutkan. “bangun.. bangun.. treking treking.. jangan tunggu chip.. itu chip dah tidur pakai baju treking pun.. kang dia bangun terus jalan aja.. heheheeh” jerit diriku. Time concerned sungguh abg. apip ni.

Sebelum ikut mereka treking.. ieda, azmin & aku sendiri. tolong sediakan sandwhich untuk peserta pack bawa naik makan di puncak. Ada juga yanng terus balun di situ. “suke ati kome lah...”getus diriku lagi.

5 pagi start treking naik puncak. Leads by abg. Apip, tukang sapu tok gajoh lagi. ieda, azmin, amy & syeikh tinggal di kemsite. Abg.apip arahkan siapa yang tak naik ke puncak untuk tolong settle kemah & kemsait. Sekitar jam 7 pagi kami sampai puncak.. view tak berapa nak ada, coz pepohon dah mulai membesar. Adalah saru corner tu pokoknya rendah sedikit. Jadi disitulah port pendaki ambil gambar posing sunrise. Ambil gambar kasut-kasut yang dah 1/2 nyawa. Semuanya pukulan irau. Alhamdulillah apa pun sampai juga aku, maklumlah sudah bertahun lamanya cuti panjang. trening pun tiada. Sewaktu bersama kawan-kawan lepak-lepak. “aik? cek abg ku naik puncak gak?”  ee tadi sewaktu ditanya, katanya tak mahu naik. Kumpulan gerabak belakang sampai kul 7 lebih. spend about ½ hr kat puncak.. sempat juga aku call rumah checking anak dara kami.. then start turun leads by syeikh.

Less then 1 hr dah sampai semula di anak irau. Packing barang-barang clear campsite. ieda dah siap pack mihun & nasi goreng yang disediakan secara berjemaah dengan amy & azmin. Pukul 11 start turun bawah.

Nama aja turun tapi rasanya macam nak naik aja. Kayuh dan kayuh, agak lama kayuh aja, dengar soalan-soalan dari belakang, “lama lagi ke nak sampai nih?”  balas diriku “layan ajalah kalau penat take 5, kalau boleh jalan keep moving lah.. heheheheh..”

Pukul 1++ sampai bawah. Kumpulan pertama sampai dah  pun bertolak ke puncak Brinchang. Abg. Ramli dah sediakan milo panas & maggi kari. Entah berapa trip dia masak pun tak tau, tapi aa pun solute buat ini pak prez.. jaga baik punya anak buah. siap jadik chef tuuu. standing ovation 1 lah!

Pukul 2++ 1st 4wd sampai, angkut keluar pendaki, kul 3++ kawtim semua dah dibawa keluar. Tiada yang tertinggal. eh silap ada. tapi bukan orang. 1 makhluk asing telah ditinggalkan. Kenapa dipanggil makhluk asing??? sebab benda ini terbang keluar dari kemah dan mendarat dihadapan kami semua, apa bendanya??? SPENDAR... sape la punya, menjadi persoalan. Richard dengan sepantas kilat keluarkan kenyataan “ini bukan aku punyer ar.. ini kecik!! hahahahahah..” ditambah pula tok gajoh “kaih tak pakai hokni.. kaih pakai thong!! Hahahaha” lagi pecah perut kami tergelak. arry sempat ambil gambar alien woksop ni.

Kami wakil OGKL pun berpisah disini. Salam-salam collect & report last call apa yang patut, kemudian terus melambai turun ke Tanah Rata. Ambush lori jagung manis kemudian beli sayur sedikit, singgah masjid, mandi & solat, terus keluar, berhenti makan di kampung area Tapah.Terus shoot balik Shah Alam. Sampai Sect.7 pukul 9 ++malam. Settle barang-barnag kemudian pisah pula dengan pemandu kami; Azmin. Ieda sambung trip ke Kota Warisan. Syeikh & aku sambung ke USJ mahu ambil anak dara kami. “waaaaa Lindu wooooo!!!”

- Sherrie -

Gambar



 


 
     © Hakcipta Terpelihara OGKL : Ver 3.0