|
Satu Ekspedisi Hardcore yang tidak banyak memberi tentangan, tiada overtime malah dapat ditamatkan lebih awal dari jangkaan.
Ekspedisi telah pun tamat dengan selamatnya, menatap balik peta, apip cuba nak mengingat kembali detik-detik ekspedisi yang telah berlalu.
Prolog:
Jumaat, Jam 9 malam, Bas akan bertolak ke Jeli. Jelas sekali arahan ni. Penantian dari sehari ke sehari untuk sampai ke hari yang dijadualkan telah pun tiba. Debaran, perasaan cemas serta risau bercampur aduk penuh bersarang dihati selagi belum bertolak.
Jam ditangan sudah mengahmpiri jam 6 petang. Kerja pula belum dapat dilangsaikan.
“treeet, treet, treeet” handphone Apip berbunyi tanda SMS masuk. “ Hentian Putrakan” tanya Seri, salah seorang ahli ekspedisi untuk lebih kepastian.
“treeet, treet, treeet” Panggilan dari Uncle Usop pula, menyatakan terpaksa tarik diri atas sebab kaki sakit.
“treeet, treet, treeet” SMS dari salah seorang peserta, Zaidi Bidin ‘Maaf. Terpaksa mengundurkan diri dari xpdc kerana kesihatan yang kurang elok. Kirim Salam kepada semua. Saya harap tak menyusahkan. Saya sudah menangguh keputusan sehingga seakhir yang mungkin tapi hari in masih terpaksa ke klinik lagi. Saya mohon banyak-banyak maaf’
Sebelum menempuh cabaran Trans Noring, cabaran nak sampai ke Hentian Putra, waktu lepas pejabat, bukanlah suatu hal yang mudah. Apip pula berdepan beberapa cabaran kerja, ada pula hal-hal yang baru muncul diakhir petang. Selagi belum melangkah keluar dari tempat kerja. Hati tak tenteram.
Mengimbau balik cabaran Apip dari hari mula program. Seawal pagi, motor sudah rosak. Rancangan awal yang diatur untuk ke Hentian Putra terpaksa ditukar. Eryn terpaksa berkorban dengan cuti kecemasan separuh hari, bagi manghantar dan menjemput Apip ke tempat kerja di Bandar Baru Bangi seterusnya ke Hentian Putra selepas waktu pejabat.
Jam 6:30 petang baru dapat keluar dari tempat kerja. Eryn dah lama menunggu. Terus bergegas ke Ibukota, sampai di Hentian Putra sejam kemudian, belum Nampak kelibat sesiapa. Mesej dari Wak Jan selaku AJK yang menghantar logistik, suruh berkumpul di bahagian hujung platform berhanpiran laluan keluar bas. Wak Jan yang dah pun sampai lebih awal pergi bersiar-siar.
Seorang demi seorang peserta tiba. Warga OGKL yang turut menghantar di Hentian Putra tak kurang ramai, antara yang hadir menghantar, Suraya, Hafiz alhuffaz, Najib, Yeop, Herol, Arey, Achong, Syasya, Razman, Wan Pojie, Hafez Baby, Ajib, Sherey, Nina (antara yang diingati).
Jam sudah pukul 9 mlm, Yassir & Ramli masih belum tiba, kabarnya tersangkut di Jalan Pahang, ada kemalangan jalanraya. Ada harapan tertinggal ekspedisi ni nanti. Apip & Shuk Abemu pergi melihat bas, bas kami tak masuk platform lagi sebab platform dah penuh. Bas kami terpaksa masuk platform untuk jadual jam 10. Rezeki bagi yang datang lewat. Kalau tidak, memang kena tinggal bas gamaknya.
Jam 10 mlm, bas kami baru masuk platform, bas dua tingkat. Tempat kami semua di tingkat atas. Haversack kami diletakkan diruang kargo bas. Hafez baby & Wak Jan duduk dalam ruang kargo menyusun haversack kami. Mandi peluh mereka berdua. Terharu juga dengan bantuan sebegini sekali.
Hampir bas nak bergerak, barulah Yassir tiba. Ramli tiba awal sedikit dari Yassir. Kawan-kawan yang turut hadir bersalaman dan masing-masing berbalas ucapan selamat.
Ramai juga ahli ekspedisi ni yang baru pertama kali menaiki bas dua tingkat. Apip & Paei yang pertama kali mengambil tempat duduk paling depan. Alang-alang nak merasa bas dua tingkat biar dapat tengok dari depan.
Lazim memulakan perjalanan, suasana sedikit bising, saling berborak dan tak lekang yang sibuk berSMS. Apip sebagai ketua ekspedisi mengingatkan “jangan ada yang tak tidur lansung, esok nak kerja keras tau”
Jam 3pagi Bas kami singgah di Merapoh. Apa lagi masing-masing terjaga. Destinasi pertama ‘tandas’. Ramai pula yang berbaris. Apa nak buat, ikut giliranlah.
Diruang makan, dah ada yang duduk makan, ada makan nasi ada yang makan ala kadar. Tak kurang juga yang cari kopi pekat. Macam nak berjaga lama aja.
Cukup masa bas kembali bergerak ke destinasi. Jalan Merapoh – Jeli ini agak beralun dan berselekoh. Bas yang dipandu agak laju aja sambil memintas lori kecil dan kereta yang agak perlahan.
Hari Pertama
Hampir subuh bas telah pun tiba di Bandar Jeli. Kami turun betul-betul di terminal bas berdepan dengan Masjid Jeli.
Subuh kami di Jeli, ada yang mandi di masjid. Kedai makan satu per satu mula buka. Menanti guide dan lori yang dijanjikan jam 8 pagi. Ada yang dah mula merayau-rayau mencari kedai makan yang kena dengan citarasa masing-masing.
Apip & Deeno memilih kedai di terminal tempat kami tinggalkan haversack kami. Sambil-sambil menjaga haversack sambil makan.
Tak lama kemudian Tahar datang dengan motosikal dari Tanah Merah, melengkapkan ahli ekspedisi kami. 60 KM dengan kapcai sambil pikul haversack. “Boleh Tahan”.
Mali & Mizi tiba tidak lama kemudian dengan kereta dari Grik. “Auu ada gajah melintas tu yang aku lewat” sembang Mizi.
Apip, Shuk Abemu, Deeno, Adzmin, AJ, Abg Murdafi, Yassir, Amir, Ramli, Hafiz Celcom, Hadri, Paei, Jan Rock, Tahar, Seri, Azie, Ayong dan Kak Win. Inilah barisan OGKL. Guide pula Mali dan ditemani oleh Mizi Belantik.
Sudah makan, Adzmin mengetuai pembahagian logistic dan ration. Mudah packing siap-siap, salin pakaian trekking siap-siap. Garam & minyak masak yang perlu dibeli. Entah tercicir entah lupa dimasukkan sekali.
Jam 9 pagi lori kami pun tiba. Masing-masing tak sabar nak meninggalkan Bandar Jeli. Bekal nasi untuk tengahari pun dah beli. Kereta Mizi & motor Tahar ditinggalkan di Ibupejabat Polis Daerah Jeli selepas log Polis dibuat.
20 orang duduk dalam lori sawit umpama buruh kasar. Singgah di kedai runcit beli garam & minyak masak. Lori berderu terus masuk ke laluan Empangan Pergau.
Sesekali hujan turun membasahi kami. Cuaca Nampak mendung dan ada tanda-tanda hujan akan turun lagi. Jauh juga nak sampai ke Rumah Pam Sg. Terang.
Jam 10:40 kami tiba di Rumah Pam Sg. Terang. Hujan telah reda, awan masih mendung. Sungai tempat memulakan pendakian agak deras. “Air naik” kata Mali. “Ada alternative?” tanya Apip. “emmm tengah-tengah tu ada batu, yang hujung tu deras kena ada kayu” balas Mali. “lain cara” sambung Apip lagi. “kita tunggu air surut la” balas Mali lagi.
Ahli-ahli ekspedisi dah duduk diatas jalan depan pintu rumah pam. Lori kami mula keluar setelah berjanji akan ambil semula kami seperti direncanakan.
Deeno dah mula pergi ke belakan rumah pam, cari ikhtiar. Apip mula buka peta & merujuk dengan Mali, route asal dia. “hah kut mana pun kena lintas sungai” kami berada di persimpangan 2 batang sungai. Route gunung ni barada ditengah-tengah antara 2 batang sungai ini.
“Macammana Mali” Deeno yang kembali dari belakang rumah pam ajukan soalan pada Mali. Sama jawapan Mali “kita tunggu surut, bahaya nak seberang tu”
Apip tunjukkan peta route asal Mali dan alternative yang mungkin dibuat. Tak tunggu lama Deeno, Apip & Yassir pergi recce trail baru. Kali ini kami nak terus ke route Mali tanpa 2 kali seberang Sg. Terang.
Menyusur belakang rumah pam, ada sebatang lagi sungai yang agak deras. Kuala sungai ini agak kecil lebih kurang 5 meter lebar. “Apip cari kayu kita pasang tali dari sini ke pokok sana” cadang Deeno. Susah juga nak topang kayu kat celah batu ni” balas Apip. “siapa nak seberang dulu ikat tali sana “tanya Yassir. “Engkaulah Pak Sheikh” Deeno senyum-senyum menjawab.
Air terjun sebelum muara sungai ni agak deras dan agak menakutkan. “Apa kata kita menyusur ke atas (hulu) lagi. Macam Air Terjun Berkelah, atas pada air terjun besar tu, tenang aja sungai dia” cadang Apip.
Sepakat kami, cari jalan ke atas, masing-masing buka route yang tertutup rapat. Apip kat aku ni ada tali bekas route lama” jerit Deeno pada Apip yang buat route diatas bukit berbanding Deeno yang menyusur tepi tebing sungai. “OK”
Setelah kami bertemu di atas air terjun tadi, jelas ada route lama. Kami terus mengikut route ini. Sesekali kami intai keadaan sungai, samada boleh diseberang atau tidak. Langkah kami makin maju ke depan. Sedar-sedar Mali & Mizi turut serta dibelakang kami.
Sampai satu tempat, Nampak sungai agak lebar dan arus agak kurang deras walau air naik. Kami putuskan untuk melintas disini. Mali setuju dengan kami. Kami semua berpatah balik untuk ambil haversack dan panggil kawan-kawan yang lain.
Jam 12:30 kami memulakan langkah. Hujan gerimis sedikit. Cabaran pertama mendaki tebing di tepi sungai. Seorang demi seorang melepaskan diri. Batuan yang licin dan haversack yang berkapasiti penuh untuk seminggu antara cabaran kami.
Waktu melintas sungai, kami berbaris panjang dan melintas rapat-rapat antara satu sama lain bagi mengelakkan hal tidak diingini. Arus agak deras. Perlahan-lahan kami melangkah. Berat rasanya setiap langkah.
“Kak Win ok ker fleece tu kena air” sapa Apip. “yang ni ok, kena air dia tak meresap, kibas aja air pun jatuh” jawab Kak Win yang memakai fleece semasa trekking sambil mengayakan tangan mengibas permukaan fleece.
Sampai seberang sungai, kami melepaskan lelah seketika. Mali mula mengetuai off-trail kami untuk ke route asal. “Pak Syeikh, orang dah jalan” kami yang dibelakang panggil Yassir. Entah memerut entah memancing.
Trek balak lama kami redah selepas panjat tebing bukit. Susur pula kami di kawasan berumput setinggi pinggang. Ehh kawasan paya rupanya. Mali bawa kami jalan umpama ular kena palu. Apa lagi yang belakang masa nil ah nak ‘potong tang corner’.
“Pak Syeikh suka la ni, potong tak paya” laung Deeno yang didepan. Mengimbau kembali kes potong tang paya di Sg. Lembing diketuai Pak Syeikh, Hadri, Jan Rock dan Wan Pojie. “Jaga-jaga Abg Deeno” balas Jan yang bersama Pak Syeikh dan Hadri.
Kami akhirnya sampai ke tepi Sg. Terang. “ Depan sikit lagi trek asal” kata Mali. Air Sungai Terang masih lagi tinggi, lihat dari tebing kami bersyukur tak tunggu air surut. Kalau ikut trek asal, kena cabaran melintas Sungai Terang kali ke-2. Lebar sungai ni lebih kurang 25 meter.
Jam 3 kami berhenti di tepi sungai yang agak sesuai untuk berehat dan makan tengahari. Agak berpantai tempat kami berhenti. Masing-masing keluarkan bekal nasi ‘tapau’. Hadri memasak air panas.
Sambil berehat ni, ada yang ambil kesempatan membasuh kasut sampai bersih. Yang solat tunaikan kewajipan dahulu.
“Bang apa tu, buka baju terus” tanya Jan yang tengok Apip yang mula terkena alahan kulit. “aku rasa taik ulat” jawab apip. “Nah bang ambik ubat ni” hulur Jan mengeluarkan first aid kelab.
Apip lantas basuh terus baju bagi mengelakkan makin teruk alahan. Hari pertama dah begini. Harap cepat sembuh. “satu lagi aku sakit gigi yang amat sangat ni” tambah Apip sambil mengetap gigi. “ni bang makan ubat ni, yang ni saya punya sendiri, aliph yang bagi, kuat ubat ni”
Siap semua, kami meneruskan perjalanan. Trail yang landai mengurangkan rasa beban hari pertama haversack kami.
Berjalan atau berhenti, borak tidak pernah berhenti. Berkali-kali cerita-cerita lama diimbau bersama. Cerita atau kisah FBK (Faisal Samat) jadi buah mulut yang paling popular dan penghibur di rimba.
6:30 petang kami tiba di Kem Sup Sakai. Nak sampai ke sini kena seberang sebatang sungai. Walaupun sungai ini Cuma cawangan sungai yang masuk ke Sg. Terang, arus agak deras, mungkin hujan dihulu.
Seorang demi seorang melintas dibantu dengan kayu yang dipengang untuk berpaut. Ramli paling cemas melintas sungai ni. Almaklumlah melepasi paras pinggang. Syukur semua selamat melintas.
Mali: Apip dah nak jam tujuh, boleh bermalam disini. Team dulu pun hari pertama bermalam disini”
Apip: Team dulu plan 7 hari bermalam sini, kami plan 6 hari kena maju lagi, OK.
Mali: Ok tapi kena pikul air. Kem site depan tak ada air dan tak cantik (rata) macam ni.
Apip: Pikul air takpa, kami masing-masing memang dah set. Hari pertama mesti lebih jauh dari Kem Sup Sakai. Kalau kena buka kemsite pun tak pa.
Mali: Ok.
Apip: OK semua ambik air, tepat jam 7 kita jalan.
Bagusnya line-up kali ni, semua pantas ambil air. Abg Murdafi tak kurang 6 liter air dia isi. Semua semangat dan tak ada yang nak ambil kesempatan.
Headlamp semua dah letak dikepala, berderet kami menyuluh. Perjalanan dah mula mendaki. Dingin malam yang terasa dibalas dengan peluh panas. Baru rasa nak mendaki gunung bila langkah mendaki berbanding langkah di trek landai.
Lebih kurang jam 8:30 malam. Mali mengarahkan kami berkhemah. Tempat ni bekas trek balak lama. Bertanah merah dan agak lecak sedikit sebab lepas hujan. Ada alur air mengalir hasil dari hujan walau air kurang jernih, memadai untuk kegunaan membasuh atau membuang.
“Aii baru jalan 1 jam setengah dah stop” Abg Murdafi bersuara. Kebiasaannya OT tak kurang 3 jam. Ni agak sekejab jalan malam. Apa pun target kami untuk melepasi Kem Sup Sakai dah berjaya.
Flysheet panjang kami pasang. Nasi segera ditanak. Semua memainkan peranan dengan baik. Jam 9:30malam panggilan untuk makan malam. Macam-macam gaya bekas makan ada. Abg Murdafi dengan plastic balut nasi lemak menarik perhatian yang lain.
Nasi putih, ayam masak merah dan sayur goreng jadi santapan malam. Sambil makan sambil berseloroh. Sudah makan, melunjur kaki dan tidur.
Tidur malam kami dihutan sesekali diganggu dengan bunyi derap pokok tumbang. Sahih gajah tolak pokok. Harap dijauhkan kami dari binatang yang berbahaya.
Hari ke-2
Seawal subuh kami sudah mula bangun. Semakin cerah, semakin jelas tempat kami berkhemah. Rezeki kami, bekalan air kami cukup banyak hingga terpaksa dikurangkan bagi meringankan beban mendaki.
Siap sarapan pagi. Runtuhkan flysheet dan berkemas. Kem ini yang tiada nama kami panggil Kem Buluh sebab ada serumpun buluh yang manjadi landmark disini.
Perkara paling berat pagi ni, nak menyarung kembali pakaian trekking kami. Basah semalam ditambah dingin dengan embun malam dirasakan sedikit perit. Masing-masing cuba menjadi orang terakhir menyarungkan pakaian trekking.
Jam 8:30pagi Kem buluh mula ditinggalkan. Mali mula menebas diikuti rapat pendaki-pendaki perempuan yang masing-masing ‘cucuk guide’.
Kami menempuh lereng-lereng bukit. Trail ni tak seperti kebiasaan. Off-trail dan melereng. Tanah lembut menambah cabaran melangkah buat kami. Kena pula tiada pohon bekayu yang boleh dipaut.
Kini kami kembali ke trek balak lama. Mali duduk menanti pendaki yang belum tiba. Sambil tu sempat juga dia merokok.
“Jalan asal sebenarnya sana, aku buat jalan lain tak mau lalu bukit taubat” kata Mali. “team dulu, sorang-sorang maki lalu bukit tu” sambung Mali. Patutlah Nampak lain macam trek yang kami tempuh.
Berkumpul semua pendaki kami teruskan lagi pendakian. Setengah jam kemudian guide berhenti lagi. Ada sebatang pokok ditandakan degan cakar beruang. Memang hutan banat yang kami masuk. Sambil-sambil tu guide kami hisap rokok dulu.
Habis hisap rokok, kami meneruskan perjalanan. Sesekali guide menebas. Memang lama orang tak masuk ke sini. Amat jarang sekali. 15 minit kemudian kami tiba di satu lagi tempat yang agak lapang, Kali ini guide terus duduk sambil mengeluarkan sebatang rokok.
“Isap kok dulu” kata Mizi. Kami yang baru saja berhenti tadi sudah berkumpul semula. Yassir yang dibelakang sekali pun sudah muncul. “Aii baru berhenti tadi nak berhenti lagi” sindir Yassir. Apip terus mengarahkan guide terus jalan. Paling tidak pun nak merokok jangan sampai kerap berhenti dan lebih lama berhenti dari berjalan.
Tanpa berlengah Mali & Mizi bergegas bangun meneruskan perjalanan. Target kami hari ni terus ke puncak G. Anak Reng. Semua dah set dalam kepala Shoot ke Anak Reng seperti Target kami.
Tengahari kami tiba di Kem Bendi. Agak luas dan nyaman kem ni berbanding kem kami semalam. Nasi impit kami keluarkan dan panaskan kuah sebagai lawannya.
Guide kami masak makanan mereka sendiri. Kami yang dah uruskan gaya pemakanan cepat siap rupanya memberi tekanan pada guide. Tu belum lagi guide nak merokok lepas makan. Masing-masing merungut kisah berhenti merokok – jalan sekejab – berhenti merokok lagi.
Sekali lagi nama FBK bermain –main dalam perbualan. Mali selaku guide hanya banyak mendengar sembang –sembang kami, OGKL. Mizi sesekali turut masuk dalam jenaka.
Dari Kem Bendi kami mara lagi. Trek yang agak lecak, kena pula bekas rentis gajah. Baiknya trek tak berapa pacak. Sesuai dengan gajah – gajah Malaya.
“Apip, mana nak lalu” terdengar suara pendaki-pendaki perempuan didepan. Tak jauh didepan jalan agak tertutup. Adat guide Cuma rintis sedikit untuk laluan, Mizi yang dibelakang guide turut meloloskan diri, almaklumlah pengiring bukan guide berbayar, jadi tak pegang paranglah dia.
Apa lagi parang disisi, Apip keluarkan “geram-geram” laluan diperbesarkan. Bila laluan agak jelas, pendaki-pendaki perempuan OGKL kembali rapat ke guide. Tak bagi peluang duduk hisap rokok.
Rata-rata pendaki OGKL tidak jauh antara yang depan dan yang belakang. Yang belakang cepat aja kejar ke depan. Abg Murdafi sentiasa di kelompok tengah. Yassir pula lebih selesa di belakang sekali.
“Depan sikit last water point Anak Reng” kata Mali. Kami mula masuk ke tepi lurah. Ada anak sungai. Airnya kekuningan hasil dari warna endapan daun-daun hutan. Dingin air umpama ais.
“Atas sikit ada kem, Kem Bonsai Tonggek ,boleh solat sama” kata Mali sambil tunjuk arah ke atas rabung. Tanpa berlengah, masing-masing duduk berehat, Solat tepi gigi air.
Hampir setengah jam berhenti, beban air untuk malam dan keesokannya dah diambil. “Angkat Sauh” Apip selaku ketua ekspedisi, memberi arahan teruskan perjalanan.
“Pak Sheikh dah belum” Apip sapa ke Yassir sebelum meninggalkan kumpulan. “Jab, aku mandi” balas Yassir ringkas.
Mendaki ke Kem Bonsai Tonggek, trek cantik diapit pokok-pokok bonsai dikiri kanan trail. 15 minit kemudian Apip dah tiba di Kem Bonsai Tonggek dan duduk menanti kawan-kawan yang lain.
Waktu rehat begini sakit gigi mudah terasa. Dahi dah habis berkerut nak tahan sakit. Sela masa ubat tahan sakit masih ada untuk makan satu lagi ubat. Tahan ajalah.
“Abg pip, Nampak teruk benar” sapa Jan. “emmm” cabaran kali ni buat Apip. “Pak Sheikh, orang nak jalan dah dia mulalah, nak memerut kejablah, ada aja” sembang Jan. “Aku ni takut apa, kita lalu trek gajah banyak simpang siur, silap ikut trek tersasar, tu bagus kalau tak putus (pendaki).” Jelas Apip.
“Nasib baik aku solat kat bawah, boleh tahan juga nak menyampai kalau wudhuk kat LWP solat kat sini, sempat terkentut-kentut” kata Yassir. Masing-masing agak setuju dengan Yassir.
Makin petang makin tinggi kami daki. Semakin tinggi trek dah kurang bersimpang siur. Waktu ni masing-masing meneruskan langkah agar cepat sampai ke puncak & kemsite. Sesekali parang Apip hayun melebarkan laluan.
Jam 6:45ptg Guide dan kelompok depan dah tiba di puncak. Apip dan beberapa pendaki lain yang tiba sekitr jam 7 mlm sempat tengok keadaan sekeliling.
Flysheet segera didirikan. Tak sempat tamat pasang hujan turun dengan lebatnya. Jam 8 pendaki terakhir tiba. Waktu ni Flysheet dah siap didirikan.
|
|
Masing-masing bergegas tukar baju sejuk. Pendaki-pendaki perempuan yang awal tiba bersama guide dah berteduh dibawah flysheet guide. Kena pula Flysheet besar OGKL disatu hujungnya tanah agak tidak rata dan condong.
“ Ration-ration, kumpul semua ration setempat” pinta Adzmin selaku penjaga logistik. Amir yang tiba lewat dari yang lain dah tidak banyak bicara terus keluarkan plastic ration kumpulan. “Apa pasal kat aku ada dua plastic, patut aku rasa berat sangat” rungut Amir. Plastik Tesco yang diberi kami sambut.
Kejayaan malam ini diraikan dengan daun saderi goreng bertelur yang dimakan dengan nasi putih kari ayam. Seperti malam sebelumnya makan malam agak awal siap. Amir dah tak lalu makan walau dipujuk teman sependakiannya Ramli.
Malam ni kami tidur berhimpit. Pendaki perempuan tidur di Flysheet guide. “Aiii kami ada dayang-dayang la”pekik Mizi dari flysheet mereka. Hujan masih turun namun tiada ribut atau angin kencang disini.
Hari ke-3 Anak Reng
Dingin di puncak G. Anak Reng masih terasa hingga ke Subuh. Belum jam 7, suasana dah cerah. Deruan angin diluar flysheet menambah dingin pagi. Hujan dah reda. “Sapa tah bangkit malam tadi, langgar fly, terbuka penyambung fly, air menitik kena aku” sembang Jan. AJ juga akui menerima cabaran yang sama.
Apip, Shuk Abemu dan Paei yang jadi penghuni tetap di sudut dapur agak lega walaupun dikira dihujung flysheet. Beirut, puncak ni masih gagah terdiri.
Hari ke-2 dah bermalam di Puncak Anak Reng. Ni bermakna kami masih dalam jadual 6 hari. “Hari ni nak kemana Apip” soalan dari kawan-kawan. “OK harini target kita kem tengah, kem antara Anak Reng dengan (puncak gunung) Noring Timur”.
Apip: Mali! Tengah-tengah ada kem kan.
Mali: Ada
Apip: Air, Last Water Point jauh dari kemsite
Mali: Tak jauh sangat.
Siap makan, kami mula berkemas, cuaca berkabus dan sesekali gerimis. Masa yang ada kami guna untuk berfoto walau agak kurang menarik. Satu puncak sudah didaki, tinggal satu saja lagi dan empat hari lagi nak hidup dalam hutan ni.
Amir pagi ni nampak kembali OK. “Aku OK, tak OK bila bawak 2 ration group” cerita Amir. Entah siapa pula yang tak ambil ration kumpulan. Adzmin yang membagi-bagi ration kumpulan kelmarin lebih musykil.
Makan tengahari yang dah disediakan kami bubuh dalam plastik. Nasi goreng Anak Reng. Ration kumpulan dikumpul dan dibahagi sama rata. “Aii ni mestin siapa dalam plastic tesco, macam ration peribadi aja. Siap ada sekilo gula lagi” tanya Adzmin. “hah Amir” tambah Apip. Pewai punya hal, ration sendiri declare ration kumpulan.
“Mir, OK lah harini kita sembang hal engkau” pujuk Deeno. “Yelah, asik-asik FBK, FBK, FBK, aku ni tak ada pun korang nak sebut” rungut Amir. Serba sedikit sembang–sembang tentang FBK membuat Amir rasa cemburu. “aku bikin juga video, video FBK juga yang disembang” sambung Amir lagi.
Mali yang tak kenal FBK pun asik bertanya siapa FBK tu. Tiada masa yang tak sebut FBK. “Geng harini hari tanpa cerita FBK” putus Deeno. “tapi lepas aku buat video ala-ala FBK ler” sinis Deeno. “FBK lagi” ramai-ramai menyambut.
Siap semua packing barang, semua berkumpul di Beirut dangan banner OGKL. Gambar foto ramai-ramai. Ada juga yang mengabadikan foto secara solo.
Hari ni agak lewat sikit kami bergerak meninggalkan kemsite. Jam 9:30pagi baru mula jalan.
“Sejukkkkkk” inilah kata-kata yang terungkap di bibir masing-masing ketika menyarungkan kembali pakaian trekking yang masih lembab dan sejuk.
Suasana menjadi cepat panas dengan lawak-lawak, usik-mengusik dan pelbagai keletah semasa trekking.
Tidak berapa lama kemudian kami dah berada di atas permatang sempadan Perak-Kelantan. “GPS tak dapat signal” getus Mali. “Kita lebih kurang area ni” Jelas Mali pada Apip & Mizi. Mali masih teragak-agak samada perlu ke rabung kanan atau ke rabung kiri.
“Kita jalan depan dulu” arah Mali. Berjalanlah kami sebaris mengikut guide kami. Hari ni belum hujan. Lega rasanya. Tak lama kemudian kami berhenti lagi.
“Apip” panggil Mali. “kita dah terlajak ni. Dah tang ni” Mali menjelaskan sambil tunjuk lokasi diatas peta. “Back track pun OK ni, sebab kita atas permatang. Tak payah sesangat” balas Apip.
“Kita potong kut ni, budak-budak kau OK ke Apip.” Tanya Mali. “Boleh janji hang bawak sampai puncak, tersasar sikit-sikit tu pahamlah.”kata Apip.
Mali seterusnya bawa kami off-track, menurun menghala ke Timur. Jenuh menebas nak ikut arah Mali. Turun-punya turun sampai kami disatu lembah, ada anak sungai mengalir.
Mali dah letak haversack. Seorang demi seorang sampai. “Aku tak pernah sampai sini” sebut Mali. Bagus ni ada sumber air” sambung Mali lagi, “Ada sesiapa ternampak GPS aku tak, jatuh masa turun tadi”. Tak seorang pun angguk. “ Mali naik ke atas cenuram tadi sambil cari kembali GPSnya. Harap-haraplah dapat jumpa. Tak lama kemudian Mali turun dengan GPS. Lega rasanya.
“Apip! Dah boleh rehat makan tengahari” tanya Kak Win. “Aii baru jalan dah nak rehat tengari” tanya Apip kembali. “Jam dah pukul 12 tepat ni” jelas Kak Win. “Terpulanglah, nak rehat pun boleh” balas Apip sambil lihat Kak Win yang macam betul-betul lapar. Terus Kak Win keluarkan bekalan tengahari yang telah agihkan buat setiap pendaki.
Lepas rehat 15 minit, kami meneruskan cabaran. Cabaran kali ini nak mendaki off trail cerun dengan halangan duri dan kurang pepohon tempat bertaut.
Tiba diatas rabung kami menanti pendaki-pendaki dibelakang. Mali meneruskan perjalanan. Tak jauh dari atas rabung ni. Mali berhenti “ Sinilah trek asal, dulu aku makan tengahari kat sini” Ini kem sempadan, kawasannya rata berpaya yang ditutupi dedaun dan rumpai hijau.
Selepas semua berkumpul, kami meneruskan lagi langkah. Kemudian trek kami meredah lereng-lereng sebelum turun ke satu lagi lembah. Sumber air terakhir kami dilembah ini sebelum Kem Tengah/Permatang.
Lepas masing-masing isi air sebanyak yang terdaya, kami meneruskan lagi trekking. Jam 3 petang Apip yang trekking rapat dengan Mali dah pun sampai ke Kem Tengah. Memang kem ni di tengah permatang. Tak sempat Mali meletakkan haversack. “Mali! Awal sangatlah, kita lajak lagilah”arah Apip. “Habis tu orang belakang macamana Apip, OK ker?” tanya Mali. “ OK! Semua dah dimaklumkan selagi belum malam, kita jalan” jelas Apip.
Mali tak banyak kerenah, terus sambung trekking. Ekor yang dibelakang memang kena ikutlah kepala didepan. Sambil trekking sambil kami perhati tempat yang agak molek untuk dijadikan kemsite.
Beberapa kali Mali cuba menyarankan untuk buka tempat kemsite. “Rasa-rasa kat depan tu macam tak berapa ada tempat rata” kata Mali pada Apip.
“Kita lajak lagi” pinta Apip sambil melihat jam serta keadaan sekeliling. Mali meneruskan perjalanan.
Sampai satu tempat Mali & Mizi berhenti. “Apip depan lagi dah tak ada tempat rata. Menaik dah Confirm! Kita kem site disinilah” kata Mali sambil menunjuk tempat dia berdiri. “Macam basah aja tempat ni” balas Apip yang nampak kurang sesuai tempat yang disyorkan Mali.
Jam dah pukul 5:30 petang. “Atas sana boleh” tunjuk Apip kearah rabung yang diluar trail. “Pergilah periksa” suruh Mali. Apip terus tinggalkan haversack dan dengan parang terus ke pangkal rabung yang Cuma beberapa meter dari tempat Mali syorkan.
Tebas-tebas, dah lapang sikit baru panggil Mali. Mesti dia ubah fikiran, bisik hati Apip. Anak-anak pokok kayu yang diatas rabung ditebas, Mali & Mizi naik dan setuju dibuka kemsite disini. Masing-masing terus melapangkan kemsite.
Paei yang tiba seterusnya turut sambung menebas, begitu juga dengan rakan-rakan yang lain. “Lumut ni biar berbonggol, jadi bantal sedap malam ni” sebut Deeno pada Paei.
Kemsite kami yang terbaik setakat ni. 3 fly dapat disambungkan sebaris. Ada lopak air buat air basuhan. 1 fly guide dipasang berdekatan dan masing-masing selesa berkhemah ditanah rata. Pendaki terakhir tiba jam 6 petang. Cuaca juga menyebelahi kami.
“Ni kem apa Mali” soalan lazim dari pendaki-pendaki. “Kem Apip, sebab Apip yang buka kem ni.” Jawab Mali. Begitulah sifat seorang jurupandu arah. Sentiasa mendulukan nama majikannya.
Malam ni kami meneruskan tradisi makanan enak. Lebih berselera rasanya. Lepas makan kami mulakan sessi ta’aruf. Guide juga sama-sama dalam sessi ini untuk lebih mengenali sesama kami.
Soalan umum sessi taaruf kali ini, ‘kenapa saya berminat nak ke G. Anak Reng-G.Noring Timur’. Abg Murdafi senior dalam OGKL, menyatakan sudah 20 tahun mengidam untuk kesini. “Kak Win yang masih baru berjinak dengan mendaki pula menjelaskan “Kak Win dah dengar tentang 2 orang budak gila ni, Apip & Deeno, nak rasa betul ke macam orang cakap, sekali betullah, memang gila, rasakan.” Berderai kami ketawa dengar tujuan Kak Win sertai team Noring ni.
Mizi Belantik turut menjelaskan asal nama Belantik diletak dihujung nick name dia. “ Dulu saya dok dengar orang kata OGKL ni tak boleh lawak, sembang hebat tapi tak hebat pun, gitulah, ginilah. La ni dah join sama, baru tau semua tu karut aja”kata Mali yang mula ratsi dengan kami. Kini Mizi turut percaya OGKL berjaya dalam misi GBBB (Ekspedisi Gerah-Bieh-Bilah-Belatok) yang dipertikaikan sesetengah pihak, selepas mendengar cerita dengan lebih terperinci dari OGKL dan melihat keupayaan OGKL sendiri.
“1998 dah dengar cerita dari Arwah Pa’ Da Baha. 2001 mula merisik info, 2004 dapat peta beli peta topo. Usaha merisik info agak perlahan memandangkan faktor geografi agak jauh dari Klang Valley, sumber rakyat tempatan yang terlalu terhad. Kemudian Apip & Deeno dapat guide Mali, setahun booking untuk trip CNY. 2011 baru terlaksana” jelas Apip.
“Kem ini kami sepakat namakan KEM ACE” umum Deeno. “ACE?” masing-masing tertanya-tanya. “ACE, Apip Che Embi” jelas Deeno meringkaskan abjad pangkal nama penuh Apip. Turut dipersetujui oleh malim kami.
Lewat malam kami pun selesai sessi ta’aruf dan mula melelapkan mata. Esok masih ada cabaran buat kami. Belum jelas apa yang akan kami lalui, yang pasti kami dah berada dilandasan yang betul, kedepan sedikit dari jadual asal.
Hari ke-4 Noring Timur
Pagi yang indah, inilah impian kami sebagai pendaki. Geng dapur dah cergas memasak. Tiada yang bermalasan ditempat tidur pagi ni. Matahari terbit nampak disebalik G. Noring Timur. Ada satu view point yang menarik tapi perlu panjat pokok sedikit.
Seperti biasa, jam 9 pagi kami mula meneruskan perjalanan. Kem ACE ditinggalkan kemas supaya selesa pendaki lain dikemudian hari. Entah akan sampai lagi kami disini suatu masa nanti.
Laluan kami hari ini adakalanya melalui rabung ada kalanya jalan ditengah lurah sempit. Lecak pada trail kebiasaannya disebabkan lopak-lopak bekas tapak kaki gajah.
Sambil mendaki sambil bersembang, Mali sesekali turut bertanya hal OGKL. Macamana training, macamana buat pilihan team Trans Noring ni. “Kalau ikutkan ada 20 orang lagi (ahli OGKL) yang boleh jalan laju macam geng yang ada ni” jelas Apip pada Mali. “Kalau macam ni trekking boleh bikin G. Basor 2 hari tak Mali” risik Apip. “OK, bila tu” pantas repon Mali.
Jadual asal kami, letak haversack di Kem Kubu, daypack ke puncak, bermalam di Kem Kubu. “Mali muat tak kami semua kalau nak bermalam di puncak?” tanya Apip. “Puncak dia kecil banding dengan Anak Reng, tapi boleh aja” Mali memaklumkan. “Mali kalau kita boleh sampai tengahari Kem Kubu, kita tidur puncak OK.” Apip mula merangka plan tidur puncak Noring Timur. “Boleh, cuma kena pikul airlah”balas Mali. “OK boleh diurus” senyum Apip sambil merangka dengan ahli-ahli lain.
Kali ini Apip berada dikelompok pendaki belakang, Deeno pula dikelompok pendaki depan. Seronok dapat trekking dan bersembang dengan semua pendaki.
Pak Sheikh kali ni amat selesa mendaki dibelakang sekali saing dengan Adzmin. “ Sheikh pikul air sampai puncak ok ye” tanya Apip. “ Uitt mana larat aku, dengan tanker, dengan safety rope apa semua”Pak Sheikh meyuarakan pandangan. “ Safety rope, ration, dan beban-beban yang tak perlu kita tinggal di Kem Kubu, bawa untuk semalam aja ke puncak OK?” tanya Apip lagi. “Kalau begini OK”jawab Pak Sheikh.
Sampai di last waterpoint Deeno terus maklumkan “Apip kita lajak ke puncak ye” Tegur Deeno. Pendaki kelompok depan Deeno dah racun dan setuju terus lajak ke puncak untuk bermalam. Sehati-sejiwa pula. Kelompok pendaki belakang pun dah setuju. “Target – puncak Noring Timur, LOCK, guide pun kita LOCK mind dia”sembang Deeno.
Sejam dari last water point kami sampai di kem kubu. Memusing bukit kami nak sampai kem ni. Apa punya traillah. Sampai kem kubu guide kami Mali menerangkan “ Patutnya ikut sana” sambil tunjuk jalan lurus.
Kem Kubu ni betul-betul umpama kubu diatas bukit, ada kolam air sebesar dua kolah. Airnya kekuningan dan tidak berapa dingin.
Kami menyediakan makan tengahari disini. Menu ringkas kami, roti pita daging hancur dan sayur bermayonis. Teh panas disediakan bagi menghangatkan diri.
Barang-barang yang tidak perlu dinasihatkan untuk ditinggal disini sahaja. Barang-barang kelab & ration yang tidak perlu dikumpulkan dalam satu karung plastik besar dan diikat diatas pokok.
Amir turut meninggalkan sebunjut besar barang yang tidak perlu. Ada juga yang meninggalkan barang yang tidak berat sebagai penyedap hati seperti mass-tin.
Kelompok depan dah jalan. Apip dan kelompok belakang tertanya-tanya apa barang yang Amir bawa sampai sebunjut karung besar ditinggalkan, sama saiz dengan barang-barang kelab yang dikumpul dari pendaki-pendaki lain.
Apa lagi, proses audit dijalankan diketuai Pak Sheikh. 1 bekas gula lebih kurang 1 kati, 1 plastik pelbagai 3in1, stove, gas, solid fuel, torch-light extra, tali, ration segera, bateri extra, pakaian extra, set periuk kecil, air bikarbonat dll.
Turut dapat perhatian kami, Fleece Kak Win yang disidai untuk dikeringkan. Kami naikkan ampaian Kak Win bagi mengelakkan haiwan yang melintas membawa pergi fleece ini. Teringat kata-kata Kak Win, fleece ni kalis air. Basah juga akhirnya.
Tidak lama kemudian kami pun turut menyambung perjalanan. Laluan kami sedikit demi sedikit mendaki. Ada ketikanya kami terpaksa menunduk dibawah rumpun buluh gunung.
Jam 5 petang, kami dah berjaya tiba dipuncak gunung. Alhamdulillah. misi ke puncak selesai. Terharu rasa hati. Abg Murdafi sujud syukur.
Matahari masih terik, panorama tiada dan berkabus disekeliling gunung ini. Tanpa membuang masa kami berfoto beramai-ramai.
Cabaran kami dipuncak ini, nak memuatkan semua pendaki untuk bermalam. Atas puncak disekeliling batu tanda hanya boleh memuatkan 10-12 orang sahaja. Guide dah menebas beberapa langkah sebelum puncak untuk satu lagi flysheet.
“kita buka satu lagi flysheet kat sini” Apip arahkan anak-anak buah sambil tunjuk trail turun di satu hala lagi. “macam mustahil aja”inilah ungkapan awal anak-anak buah.
Apip mengajak Hadri menebas, selain tu, tanah ditarah umpama potong kek. Pak Sheikh, Jay, Jan dan Hafez Celcom turut membantu. Akhirnya ground sheet berjaya dibentang. Tiada yang mustahil, sekali lagi kami boleh melunjurkan diri untuk tidur.
Mesej buat mereka yang dekat dihantar. Mungkin pencawang di Kuala Krai yang membolehkan SMS dihantar. Mizi, pemandu lori kami diuhbung untuk pikup kami lebih awal. Berdasarkan jangkaan kami.
Ditengah puncak, Paei, Shuk dan Adzmin dah mula memasak. “Malam ni kita raikan dengan daun saderi”jelas Apip selaku perancang menu. Adzmin mula memotong batang saderi, sama saja saiznya.
Kak Win yang dah mula sejuk, diberikan jaket oleh Deeno. “Apip ada orang lagi gila dari kitalah, ada ke naik puncak tak bawa tak bawa jaket” sindir Deeno. “Tulah Kak Win, boleh kibas lah, kami yang gila ni pun tak buat feel gila camni, masih waras tak berani tidur puncak tak bawak baju sejuk”tambah Apip. Kak Win tak terkata apa-apa.
Menu nasi pakapau dengan saderi goreng bertelur jadi santapan kami. Sempat juga berkongsi resepi dengan Kak Win dan Hafez Celcom. Habis makan masing masing ambil tempat untuk tidur. Nak layan mata layan sembang-sembang bawah fly dulu.
Waktu tengah malam terdengar angin berderu-deru. Ada yang berdengkur dan ada pula yang mengigau. Seram juga dengar, nak tergelak pun ada.
Hari ke-5 Pulang
Esok pagi-pagi ladi dah sedar. Cuaca cerah matahari yang bersinar, panorama C-curve banjaran Titiwangsa ke Jelawang Jungle jelas kelihatan, puncak-puncak gunung di Jelawang Jungle juga jelas, G. Tera, G. Ayam, G. Che Tahir, G. Stong, G. Menyelit, G. Beirut dan G. Kob.
Boleh dilihat juga G. Anak Reng dengan memanjat pokok. Diatas tunggul banir bonsai pula boleh nampak G. Chamah dan G. Shoib disebelah Barat. Di Barat Daya pula sayup nampak puncak G. Korbu.
Shuk kali ini tidak lagi mahu berada di dapur untuk fokus pada fotografi pula. Shif pagi ni diambil alih oleh Adzmin & Paei. Nasi goreng disediakan.
Puas membidik foto di puncak, jam 10 kami meninggalkan puncak Noring Timur. Cepat terasa perjalanan kami bila tiba di Kem Kubu. Tidak berhenti lama kami terus berkemas dan trekking lagi.
Jam 2 kami dah di Kem Ah Jong, bekas trek balak yang masih lapang. Berehat kami melepaskan lelah setelah agak laju berjalan.
Kami menyambung perjalanan, disuatu kawasan hutan-hutan telah dilanggar oleh gerombolan Gajah. Masih baru kesannya. Pokok buloh dipijak umpana dilenyek stemroll.
Jam 3 kami sampai di tepi jeram dan umpama syurga rasanya. Masing-masing mandi dan sejukkan diri. Kami makan tengahari disini. Nan cicah kari jadi menu kami.
Puas bermandi-manda, kami sambung kembali perjalanan dengan mula melintas jeram dan mendaki bukit. Melalui hutan peringkat bawah agak sulit dengan pokok-pokok yang lebat didasar hutan.
Jam 6 kami tiba di satu lagi jeram. Mali & pendaki-pendaki yang tiba awal sempat mendapatkan hasil sungai, ikan tengas untuk menu tambahan malam nanti.
Jam 7 kami dah tiba di Kem Sup Sakai. Tempat untuk kami bermalam. Sepakat dari semua pendaki untuk teruskan perjalanan keluar walaupun terpaksa OT dihari terakhir.
Perjalanan diteruskan, habis paya diredah, jam 8 malam kami melintas sungai besar, Sungai Terang. Airnya tidak sederas semasa kami mula sampai beberapa hari dulu.
Laluan ini yang kami tidak lalu masa datang. Laluannya landai tetapi berpaya. Kami layan setiap langkah dan akhirnya jam 9:30mlm tiba di Stesen Pam Sg. Terang.
Bermalam kami di luar stesen ini. Malam ni layan sembang pula kami. Ramai terlelap di atas jalan berbumbungkan langit walaupun flysheet dah dipasang di tepi jalan.
Tamat sudah cabaran trekking kami. Keesokannya kami hanya menunggu lori untuk keluar.
Santai kami di Stesen Pam Sg Terang tidaklah menjemukan, makan sembang, makan sembang adalah agenda kami. Habis baju, kasut, groundsheet malah haversack pun dibasuh dan dijemur.
Perancangan program-program mendatang mula dirangka. G. Basor antara agenda. Line-up kalau buka hari ni pasti penuh.
Tengahari baru lori kami tiba, bersiap-siap, jam 3:30 kami sampai di Bandar Jeli. Bas kami awal malam. Selamat sudah ke Bandar.
Selamat manghabiskan Trans Noring 5 hari, sehari OT yang pendek. Dapat jadi kumpulan besar pertama tidur di puncak Noring Timur. Dapat menafikan begitu sukar untuk mendaki dan ekspedisi Trans Noring.
KEJAYAAN DALAM KENANGAN
Disediakan oleh:
Apip Embi
|